Thursday, February 26, 2009

Institusi Polis Malaysia semakin tenat.


Rentetan daripada 'perang' politikus di malaysia, kita dapat lihat bahawa pihak polis memainkan peranan sebagai tempat yang paling utama sebagai penerima aduan laporan dan sebagainya.

Sebelum ini kita hanya mendengar laporan seperti kes-kes kecurian, rompakan bank, langgar lari, dadah, pembunuhan dan sebagainya dan kita sebagai rakyat Malaysia sedia maklum dengan jenayah-jenayah yang semakin berleluasa di negara kita ini.

Namun, kini kes-kes seperti itu jarang kedengaran di corong-corong radio dan televisyen, kebanyakkan kes-kes yang dilaporkan adalah mengenai gelagat politiking wakil rakyat yang kadang-kadang kelakar, menyampah dan menggeramkan.

Saya percaya dan yakin rakyat sudah boleh berfikir dengan waras dengan perkara yang mereka terima daripada sumber media utama Malaysia, TV3 dan RTm yang kadang-kadang ataupun kebiasaanya berita atau maklumatnya jelas tak relevan dan tak boleh pakai dek akal.

Tapi berbalik kita mengenai laporan polis tadi, saya rasa pihak polis sekarang semestinya naik pening dengan laporan2 tersebut. Saya nampak sekarang peranan mereka semakin lama semakin salah digunakan oleh pihak tertentu yang ingin menjaga kepentingan peribadi. Tambahan lagi laporan-laporan itu jelas mengarut, macam kes gaduh budak-budak kecil....bila timbul sedikit isu, terus diputarbelitkan lalu diproses menjadi satu bahan untuk dibuat laporan polis sebagai satu senjata untuk menumpaskan pihak lain.

Berbanding pula pihak yang lagi satu, laporan yang dibuat adalah berdasarkan bukti2 yang kukuh, siap dengan dokumen, video dan sebagainya untuk menjadi bahan bukti....Tapi masalah yang lebih berat lagi, kita dah buat laporan, bukti jelas dah diserahkan, video yang dirakam jelas menunjukkan kesalahan, dokumen pon jelas menunjukkan pesalah melakukan penyelewengan, tapi siasatan je yang x jelas...apa kes??..

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, sumber dah banyak yang benar dan mengarut, nilailah kedua-duanya dengan akal yang waras.

Friday, February 20, 2009

Jalan Juang





Sabarlah wahai saudaraku

untuk menggapai cita...

jalan yang kau tempuh sangat panjang..

tak sekadar bongkah batu karang...

Yakinlah wahai saudaraku..

kemenangan kan menjelang..

Walau tak kita hadapi masanya..

tetaplah al-haq pasti menang...

tanam dihati benih iman sejati...

berpadu dengan jiwa rabbani..

tempa jasadmu jadi pahlawan sejati..

untuk tegakkan kalimat ilahi...

pancang tekadmu jangan mudah mengeluh...

pastikan azammu semakin meninggi...

kejayaan islam bukanlah sekadar mimpi..

namun janji Allah yang akan pasti...

Wednesday, February 18, 2009

Warkah Untuk Bonda...

Bonda..


Pemergianmu kuiringi dengan seribu linangan

Amat kecut hatiku mendengar khabar pemergianmu

Umpama terhenti jantungku

Kalut pemikiranku dalam kekosongan

Menangisku tanpa linangan..


Bonda..


Amat lemah jasadku melihat jasadmu..

Kabur pandanganku

Sayu hatiku ibu..

Melihat raut wajah pilu ayah

Membelai dan mengucupmu

Untuk kali terakhir..


Bonda…


Kukucup telapak kakimu..

Dinginnya dahimu kurasa..

Umpama dinginnya Suasana..

Teliti kuangkat kerandamu..

Geletar tanganku mengusungmu

Longlai kakiku mengirimu..


Bonda..


Sayu hati mendengar namamu..

Terungkap di sana..

Terbang semangatku dibawa angin petang..

Dan buat terakhir kali aku melihat sosok tubuhmu..


Bonda..


Aku seperti anak kecil

Yang terpisah denganmu di pasar..

Ingin kuteriak mak..

Khuatir yang lain melihat…


Bonda..


Perjalanan ini kian sepi..sunyi tanpamu..

Sunyi walau ditengah-tengah keriuhan pasar..


Bonda…


Perginya kau saat aku ingin bertahan..

Saatnya menuntut kegembiraan..

Saatnya mengumpul semula kekuatan…

saatnya tidak ingin keseorangan..

saatnya menuntut pendidikan..

perancangan Allah mengatasi segalanya…


Bonda..


Hanya haruman doa ibadah mampu kukirimkan..

Tanda cinta dan sayang

Yang tidak sempat aku tunaikan..

Maafi segala silapku..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah ya tuhanku

Ampunilah segala dosa dan khilaf ibuku sepanjang hayatnya

Redhailah hidupnya

Ya Allah ya tuhanku

Kau luaskan kuburnya

Lapangkanlah kuburnya

Cucurilah rahmat keatasnya..


Ya Allah ya tuhanku

Jauhkanlah ibuku daripada azab kuburMu

Jauhkanlah ibuku daripada api nerakaMu

Tempatkanlah ibuku bersama orang beriman

Tempatkanlah ibuku di dalam syurgaMu ya Allah..

Ya Allah ya tuhanku


Kau berilah dia kedamaian disana

Kau berilah dia kegembiraan dan kesejahteraan disana

Kau muliakanlah dirinya

Tinggikanlah darjatnya

Ya Allah


Amin…


12.30 am - 6.00 pm

16 Januari 2009 / 19 Muharam 1430

Thursday, February 12, 2009

Perjuangan...