Thursday, September 25, 2008

Moga ia menjadi kenyataan..


Assalaamualaikum..dalam dok mem-belek2 isu semasa di internet, sempatlah aku menjenguk beberapa berita mengenai pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang menjadi sebutan ramai baru2 ini. Teringat pula satu pertanyaan(gurau2) seorang member beberapa hari lepas.."ape cite? jadi x tubuh kerajaan baru??"..."kate 16, skang dah 20 dah...jadik x???"...ceh, mamat ni..ade ke dia tanya aku soklan macam tu..ingat aku ni anak sedara DSAI ke?? hahaha..tapi bagus gak, sekurang2nya member ni cakna gak ngan isu2 semasa negara.
Berbalik semula kpd berita2 tentang kerajaan baru ni, Siasah melaporkan yg DSAI dah bersua muka dgn kedua-dua Tn Guru kita untuk membincangkan selok-belok perjalanan dalam menuju ke Putrajaya dalam masa terdekat ini. Antara harapan dan ketegasan Tn Guru adalah, dalam Kerajaan baru ni mesti ISLAM yang majoriti, kerajaan dan wakil rakyat ini mestilah kukuh dan istiqamah, jangan bersikap penakut, sebab kalau takut bagaimana nak membawa perubahan??..cayalah Tuan Guru...Alhamdulillah, semoga ia menjadi kenyataan..

Sumber : Siasah Daily

Saturday, September 20, 2008

Duit raya untuk warga Peneroka se-Malaysia.


Sempena aidilfitri yang kian menjelang tiba ni, kerajaan Abdullah Badawi mengambil kesempatan ini untk memberi Bonus kepada golongan Peneroka. Perkara ini sebenarnya dah lama menarik minat aku untuk bagi pandangan semenjak terdengar ura-ura mengenainya..tambahan lagi, aku pon anak peneroka felda...Bonus yang bernilai RM200-RM400 untuk satu keluarga peneroka ini boleh disifatkan sebagai duit raya sebagai persiapan untuk raya ini.Baca lagi
Tapi saya, jomlah ini adalah sangat sedikit berbanding dengan usaha yang telah ditunjukkan oleh golongan Felda dan juga sumbangan warga peneroka kepada Felda. Saya juga setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh pengerusi Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), saudara Mazlan Aliman. Beliau tidak bersetuju dengan kerajaan yang menggunakan istilah 'Bonus' sebagai duit raya untuk peneroka. Sebenarnya semua duit itu adalah hasil keringat dan susah payah dalam mencari rezeki..seterusnya..
Saya bukanlah nak kata x bersyukur...tapi saya rasa banyak lagi yang Felda lakukan menggunakan duit Peneroka tetapi ianya seperti tidak mendatangkan kebaikan kepada peneroka sekeluarga...cuba baca di sini..

Sekian, Wallahua'lam.

Wednesday, September 17, 2008

Kejamnya Manusia...


JOHOR BAHRU 16 Sept. – Seorang pelajar perempuan cemerlang berusia 16 tahun yang diculik Khamis lalu, dipercayai menjadi mangsa bunuh dan bakar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hangus di Kulai Jaya di sini hari ini.

Lebih malang, mayat Lai Ying Xin (gambar) itu yang mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 hanya ditemui sehari selepas keluarganya dikatakan membayar RM33,000 sebagai wang tebusan bagi membebaskan mangsa yang ketika itu disangkakan masih hidup.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulai Besar itu diculik di hadapan sebuah pasar raya tempat dia bekerja sambilan dan mayatnya ditemui di kawasan semak di Taman Putri dekat Kulai Jaya.

Penemuan itu berikutan penahanan empat lelaki berusia 16 hingga 22 tahun di Kulai petang semalam.

Difahamkan, para penculik membakar mayat Ying Xin untuk tujuan menghilangkan bukti kegiatan jenayah mereka kerana mangsa dan keluarganya mengenali dan mengetahui identiti suspek-suspek.

sumber : Utusan Malaysia

Selamat menyambut hari Malaysia Baru

....Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam....

...Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Baca lagi.

I may not be the best muslim, but I'll do my best for Islam...

........Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf.

Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude......

Dipetik dari - (The Riding MP)

Ust Zulkifli Nordin.
Peguam pembela Islam.
Semoga kita bersua lagi wahai pejuang islam..Amin..

Tuesday, September 16, 2008

Sidang Media DSAI 16 sept..

sila lihat secara live disini..

Friday, September 12, 2008

Yang Mana lagi kelakar..?



Yang ni ke?

“Kisah nak kejar Ahli Parlimen BN sampai ke sana bunyinya sudah macam satu jenaka.Kalau yakin sangat bagai dikata sebelum ini kenapa sampai begitu sekali.Saya kira bagi mereka jadi ke tak jadi dah tak penting.Orang sudah nampak dimana akhirnya semua ini.Ikut pandangan saya strategi mereka sekarang ialah biar orang ramai terus menerus bercakap mengenai 16 September. sumber..


atau yang ini?

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC Club) mengadakan lawatan kerja ke Taiwan mulai hari ini hingga 17 Sep. 50 ahli BBC dijangka menyertai lawatan tersebut. Kata Pengerusi BBC Datuk Tiong, lawatan tersebut untuk mengkaji sistem pertanian di Taiwan.

Datuk Tiong..u boleh bawak lari semua MP Be End lah..pegi kutub utara pun tak pe, buat kajian macam mane nak tanam padi dalam ais! sumber..

saya pon tersengih sendirian...

Tindakan terdesak mereka yang mempercepatkan lagi kekalahan sendiri..

Baru2 ni semakin ramai pula yang ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA). Rentetan dari isu Mat Mail, 3 orang makhluk ni ditahan atas sebab mengancam keselamatan awam dengan membangkit isu perkauman dan agama. Antara yg ditahan adalah Raja Petra, Teresa Kok dan juga seorang wartawan dari Sin Chew Daily. Baca lagi..
Tentang Isu Teresa Kok yang dikatakan menghantar petisyen mengenai laungan Azan pula, anda boleh mendapatka penjelasannya di sini dan nilaikannya sendiri.

Bekenaan dengan penahanan ini, ia secara tidak langsung menunjukkan lagi kelemahan mereka dalam menangani gelora politik yang kian melonjak-lonjak skang ni..Baca lagi

Whatever pun, semoga maju jaya kepada pihak2 yang terbabit dalam membawa perubahan dan memimpin gerakan tajdid ini untuk kesejahteraan Malaysia tercinta.

Semoga Allah merahmati kita semua dan memberikan kemenangan kepada islam (kebenaran) dan juga kehancuran kepada Kebatilan.
Kepada Allah kita serahkan segalanya.

16 sept dalam penantian..Antara realiti & futurity


Dalam menanti ketibaan 16 sept yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak, pelbagai spekulasi yg timbul. Ada pihak yang berkata mustahil kerana parlimen tidak akan bersidang pada hari tersebut...ade pula yang tersengih kambing seakan tidak percaya dang manganggap itu satu angan2 mat jenin...ade juga pihak yang penuh yakin dan komited bahawa ia akan berlaku dan yang pasti ada yang dah mula kelam kabut dan takut sehingga terpaksa membuat tindakan yang kelakar dengan membawa lari mad'u die ke tempat lain sebab takut orang lain rampas..betol ke ayat aku ni..

Ok berbalik kita kepada persediaan dalam meghadapi apa sahaja yg akan berlaku, sempena 16 september ni, pemuda2 Johor telah menganjurkan satu Munajat Perdana yang akan diadakan seperti berikut :

Munajat Perdana
“SELAMATKAN PAS JOHOR”
12 September 2008 (Jumaat)
Bangunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Taman Renggam Jaya
Simpang Renggam
Johor Darul Takzim

Semua orang johor dijemput hadir...orang negeri lain pun bleh je datang, xde masalah..

tapi bagi saya, jika tiada apa yang berlaku pada 16 sept ni....ia boleh berlaku pada tarikh lain..yang penting, ia mesti dilakukan dengan segera sebab kalau nak tunggu 5 tahun lagi tu dah lama sangat, takut dah x sempat nak selamat Malaysia ni..

Dan kepada umat Islam seluruh Malaysia dan Dunia, saya ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa..(",)

Monday, September 8, 2008

"lemah" tidak bererti "lemah"


Assalaamualikum wbt.
Dalam mengharungi bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, banyak juga dugaan yang perlu kita hadapi bagi mereka2 yang tidak lalai.
Memanglah menjadi lumrah kita berasa lapar, dahaga, letih dan sebagainya ketika berpuasa. Ini mungkin disebabkan badan kita kekurangan tenaga dan air kerana tidak makan dan minum dari pagi hinggalah ke petang.

Tetapi, janganlah disebabkan perkara itu kita terus berasa "lemah" dalam kehidupan kita seharian. Cuba jangan tunjukkan yang kita ni "lemah" walaupun pada hakikatnya kita nampak "lemah". Sebab kebiasaannya orang akan kaitkan "lemah" itu dengan "kalah".

Cuba kita swing sikit bahawa yang "lemah" tu boleh "menang". Dengan kata lain, dalam keadaan "lemah" pun kita sebenarnya semakin "kuat".

Maka setting lah segala-galanya kerana Allah, insyaAllah bantuan Allah itu akan segera datang pada Hamba2Nya yang beriman dan bersyukur.

Jadikanlah kisah Perang Badar ini sebagai pencetus semangat mahu berubah dari "lemah" kepada "LEMAH" dalam diri kita semua termasuk Si Penulis ni.

Perang Badar Al-Kubra
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Selamatkan Perjuangan Islam Johor

Munajat Perdana
“SELAMATKAN PAS JOHOR”
12 September 2008 (Jumaat)
Bangunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Taman Renggam Jaya
Simpang Renggam
Johor Darul Takzim


Jom datang beramai-ramai..Bukan orang Johor pon x dok masalah..