Friday, March 27, 2009

Kemenangan Khairy Disambut Meriah!!!



Aku berkesempatan tonton 'muktamar agung umNO'..heh, macam anugerah skrin tv3 suku je aku tengok..

Bila mana kemenangan Ketua puteri umno diumumkan, penyokong dia bersorang macam program akedemi fantasia plak..mengarut..sempat menyanyi lagi.."aduh mengarut betul"..aku dan kawan-kawan mengeluh panjang.

MC dia plak macam mengumumkan cabutan bertuah, kemudian dah diumumkan pemenang, penyokong pon bersorak yeeeaahh...macam ni ke 'perhimpunan agung' sebuah parti gergasi Malaysia..??

Kemudian TV3 suku pon buat la liputan terkini..then, MHI pun buat lagi siaran khas untuk umNO ni..dengan alas meja bersulamkan lambang keris bersilang-seli..tudung merah menyala..songkok senget tinggi berkain pelekat aku tengok pengacara programnya..

Eeeh..sedara ooii...apa kaitan tv3 ngan umNO ni??

Tuesday, March 24, 2009

Tutup kebenaran - Akhbar dan ceramah disekat!!!


Seperti mana yang acap kali berlaku, modus operandi umNO/ BN dalam menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kini digunakan sekali lagi dengan menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan berkuat kuasa serta merta.



Apa sebenarnya yang berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula daripada semalam Harakah dan Suara Keadilan digantung permitnya?


Pertamanya, hari ini akan bermula Persidangan Agong UMNO.

Keduanya, Pilihanraya Kecil di Bukti Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.


Ketiganya, Muktamar PAS di Peringkat Pusat yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor pada bulan Jun nanti.


Dalam tempoh tiga bulan tersebut juga akan banyak berlakunya perbincangan krisis perlembagaan negeri Perak, isu politik wang dalam UMNO, isu Karpal Singh terhadap Sultan Perak dan banyak lagi isu yang sudah pastinya perlu diperjelaskan kepada rakyat. Rakyat pula pada hari ini sudah mula peka dan terbuka untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan.


Kerana takut dengan perkembangan positif rakyat terhadap PAS/PR maka sesuatu perlu dilakukan agar rakyat akan kembali dibodohkan seperti mana yang pernah kerajaan UMNO/BN lakukan pada satu masa dahulu.


Tembakan Gas Pemedih Mata di Padang Awam, Taman Ria Jaya Kedah ketika DSAI sedang mula berucap oleh FRU malam tadi juga memberikan gambaran awal terhadap apa yang saya katakan Sahabat baik saya yang sekarang ini sudah bermastautin di Sungai Petani, Nurin Aina, mula-mula menghantar SMS kepada saya ketika saya sedang berceramah malam tadi ;


“Pelancaran Bilik Gerakan dan Pelancaran Jentera di bilik Gerakan Wanita disirami dengan air asid dan semburan gas pemedih mata ketika DSAI mula berucap…anak2 kecil, wanita ramai yang menjadi mangsa, ada yang ditangkap…ayuh! Kita lunaskan Bukit Selambau…kebumikan BN di Kedah…Kita Lawan! TAKBIR!!!”


(sumber : Suara Anak Muda Malaysia)


Sunday, March 22, 2009

Just a motivation.



Sometime all the things goes wrong..and we don't know what to do..
just try as what you can do..then tawakkal to Allah..

and remember that besides our planning there is other powerful 'planning', the undefeated planning...and believe that there are many goods and wisdom beside the 'planning'..

keep the faith all the time...

Thursday, March 19, 2009

Kejamnya Manusia pada Kucing..

Cuba dia tue yg kita masukkan dlm botol..padan muka

z


Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan...
Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah:
http://www.bonsaikitten.com/
Lihat sahaja gambar-gambar ini... Amat zalim dan menyakitkan!



Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.
Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda.



Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!!
(If possible, please translate this message to your home language and let as many people to know about this cruelty which is happening around you.)
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan anda membaca dan memanjangkan maklumat ini.
- Pencinta Haiwan -

Monday, March 16, 2009

AJK program 'diprogramkan'..


Salam to all...

Baru2 ni aku terima panggilan dari seorang saudari ni untuk membantu gerak kerja program...kerja ni aku jarang la aku lakukan sebab aku x biasa la wat mende ni..tapi demi perjuangan aku pon terima la tugas tersebut..tapi dengan sedikit penambahan..aku pon ajak la seorang sahabt ni turut serta tolong sekali...

Kerja yang aku kena buat ini adalah membawa peserta ke tempat program...Nak dijadikan cerita, sewaktu kami dalam perjalanan untuk mengambil peserta, tiba2 satu kereta memecut laju memotong kenderaan kami sambil memberi isyarat kepada kami supaya berhenti.."alamak, apesal plak mamat ni"..aku bermonolog sendirian...sebenarnya bukan siapa tapi seorang lagi sahabat yang juga ditugaskan untuk menjemput peserta..

Sesudah berhenti ditepi jalan, sahabt ni terus memberitahu kami sesuatu..."kita ada masalah ni"...katanya agak cemas..."awat?"..aku bertanya pantas..."macam ni, tadi Noni call ana n dia kata ada peserta yang tersekat dirumahnya, adik2 tu dari segamat n kebetulan dia terserempak dengan abang dan ibu salah seorang daripada adik2 tu.., then mereka pon dibawa pulang ke rumah makcik tu yang tidak jauh dari tempat tu..".."ah..sudah"...mengeluhku sedikit cuak...

Pada ketika itu, Noni pun mengharapkan kami supaya dapat berjumpa keluarga tersebut dan memberi penjelasan serta membawa peserta ke tempat program kerana program akan bermula sebentar lagi..kalau kami tidak ke rumahnya,ibunya akan membuat laporan...so, sahabat aku pon menoleh ke mukaku dan bertanya, "macam mane, nta bleh pusing2 x?"..."bleh2"...ntah kenapa aku pon jawab dengan yakinnya..

Sebelum tiba kerumah makcik berkenaan, kami sempat solat maghrib di surau berdekatan rumah tersebut. Selesai solat, dugaan ketiga plak datang..eh apsal ketiga plak? lupa cerita tadi, dugaan pertama adalah enjin kerata x idop di petronas, so terpaksa tolak Unser yang gedabak tu berdua..dugaan yang kedua plak tu adalah semasa mendapat berita tentang 'terkantoinya adik2 tersebut'...So dugaan ketiga ni pon enjin kereta x idop, abis kami dikerumun 2 3 orang pak cik bertanya berbagai-bagai soalan....nak dipendekkan cerita, enjin kreta pon idop dan kami bergerak ke rumah makcik tersebut...

Sesampainya kami di rumah tersebut yang berhadapan Balai raya Umno, maka bermulalah episod berbalas hujah dengan makcik berkenaan...terbelit-belit gak lidah aku nak memutar ayat, nasib baik dua orang sahabt ni pandai berhujah..."macam ni makcik, kita buat program ni supaya kita dapat membentuk adik2 ni n mengikat mereka supaya tidak terlepas ke arah yang tidak baik....bla...bla...bla.." ujar zaim, sahabt aku..

"Makcik minta maafla, makcik memang macam ni dan kalau bleh makcik nak awak ni sebagai penggerak program kena buat 'hitam putih' dan beritahu makcik secara detail tntang program ni, kalau tidak makcik takkan benarka anak makcik ni join lagi proram ni.."..tegas makcik tersebut. Puas juga kami dibrainwash dan hampir satu jam di sana, hidangan pun dah licin, maka kami pun dilepaskan bergerak ke tempat program n Alhamdulillah adik tu pon dapat keizinan ibunya untuk untuk turut sama berprogram...

k cukuplah setakat ni, nak tulis panjang2 malas plak..sebenarnya ni bleh jadi pengalaman yg menarik la untuk aku n dua orang sahabt tu dan juga adik2 tu...maaf la kalau korang x faham cerita ni sebab pengalaman ni agak sukar untu aku convert ke dalam bentuk tulisan..haha..

eh aku nak tambah sikit lagi..

setelah selesai masalah dan kami on d way ke tempat program, aku pun terima satu sms dari Noni, "macam mane adik2?"..aku pon reply dengan bergayanya..."Setel, kami on d way ke tempat program"....dalam kereta plak, "bang, terima kasih ye tolong saya, saya x pandai nak pusing2"..."k takpe, Alhamdulillah"..balas aku sedikit tersenyum menoleh adik2 di sit belakang.

Alhamdulillah, semoga Allah redhoi usaha sekecil ini...

Thursday, March 12, 2009

TV3 bohong lagi...



Pelajar Terbaik Malaysia SPM 2008 ini adalah dari sekolah Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi Lilbanat jalan Merbau atau Maahad Muhammadi Perempuan bukannya SMK Naim Lilbanat.....lari jauh tu... dekat 3 kilo jarak sekolah Naim dengan MMP

MMP adalah di bawah kendalian kerajaan kelantan sepenuhnya tidak seperti Naim Lilbanat...

Monday, March 9, 2009

Sekitar Himpunan Mansuh PPSMI

7 Mac 2009, Malaysia sekali lagi digegarkan dengan himpunan 100 000 rakyat yang terdiri daripada kanak-kanak, mahasiswa, golongan muda dan tua, bahkan sasterawan negara juga turut turun kelapangan dalam menunjukkan rasa bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah.

Himpunan yang dijalankan bukan atas dasar politik ini, jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang seolah-olah meminggirkan Bahasa ibunda sehingga menyebabkan kemerosotan prestasi pelajar-pelajar sekolah dalam subjek Matematik dan juga Sains. Kemerosotan ini jelas terbukti apabila Kementerian Pelajaran Malaysia gagal dalam menunjukkan statistik keputusan sekolah seluruh negara secara terperinci dan terbuka.

Namun, walaupun himpunan ini bukan atas dasar politik, banyak di antara slogan-slogan yang dilaungkan peserta himpunan berbaur politik. Hancur Umno!...Hancur BN..!..merupakan slogan yang dilaungkan oleh seorang pak cik di sana. Jelas laungan tersebut menunjukkan kebencian pak cik tersebut terhadap parti tersebut. Mengapa? Apakah perkaitan mereka dengan ppsmi ini? Namun saya pasti puak-puak inilah yang melaksanakan dasar yang bodoh ini.

Himpunan yang bermula pada pukul 2.00 petang di Masjid Negara, Pasaraya Sogo dan juga Pasar Seni diiringi gerimis yang seolah-olah merestui perjuangan rakyat dalam mendaulatkan bahasa ibunda di tanah air tercinta. Setelah team dari Sogo dan juga Pasar Seni bertembung dengan satu lagi team di Masjid Negara, maka bermulalah perarakan raksasa 100 000 ribu rakyat dari seluruh pelosok tanah air ke Istana Negara.

Namun dalam perhimpunan kali inilah saya merasakan pihak polis dan FRU mengeksploitasikan tanggung jawab mereka dengan penuh kejam dan biadab. Hembusan 'Water Cannon' dan juga tembakan gas pemedih mata bertalu-talu dilepaskan oleh pihak polis terhadap kanak-kanak, golongan emas, dan juga remaja yang menyertai perarakan itu.

Atas dasar menjaga keselamatan peserta perarakan, koordinator Ust Ridhuan Md Noor mengerahkan kumpulan yang tersekat untuk kembali ke Masjid Negara untuk mendapatkan perlindungan. Namun jangkaan ternyata meleset dimana pihak polis dan FRU terus menyerang bertalu-talu sehingga menyaksikan beberapa peserta rebah tersungkur menyembah bumi kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat gas beracun yang dilepaskan FRU.

Tidak cukup dengan itu, peserta yang kembali ke masjid negara turut diserang dengan gas beracun dan hembusan cecair kimia 'water cannon' sehingga menyaksikan rumah Allah itu diserang barua umno dan BN dengan rakus. Beberapa cermin masjid negara telah pecah dirempuh peluru-peluru gas beracun sehingga memaksa mereka yang berada di dalam masjid tersebut berkurung ke dalam ruang tengah masjid yang dilitupi pintu kaca.

video
Video ini menyaksikan FRU melepaskan hembusan 'water cannon' ke arah Masjid Negara dimana peserta himpunan berlindung.


Video ini menyaksikan FRU menyerang Masjid Negara dengan 'water cannon' dan juga tembakan peluru gas pemedih mata.

Namun, memorendum bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI dapat juga diserahkan ke Istana Negara oleh Dato A.Samad Said sendiri dan beberapa wakil perarakan Himpunan tersebut. Perhimpunan berakhir di masjid negara dengan ucapan daripada Ust Haji Hadi, YB Mahfodz Omar, Wakil dari front-front Mahasiswa dan juga bacaan doa penutup.

Thursday, March 5, 2009

Himpunan Rakyat Membantah PPSMI (7 Mac 2009)


"Maju Biar Bermaruah"

Fakta-fakta Penting Himpunan

Himpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI

Sabtu 7hb. Mac 2009 – Jam 2 petang
Tempat berkumpul :
Sogo, Masjid Negara & Central Market

Sasaran tempat himpunan :
Istana Negara

pakaian bewarna putih

Perkara dilarang
Membawa senjata, alat-alat tajam, logo parti politik dan jangan terpedaya dengan provokasi

Perkara digalakan
Membawa air dan tuala kecil.