Wednesday, June 25, 2008

PROTES SAMPAI TURUN!Tarikh: 6 Julai 2008 (Ahad)Masa: 9:00amTempat: Padang Timur, Hadapan Amcorp Mall, PJ, SelangorDianjurkan oleh: Protes (Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak)Maklumat Lanjut: protes2008.blogspot.com
Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.
Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.
Alasan utama yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat. Ini alasan yang buruk kerana Malaysia ialah sebuah negara pengekspot minyak. Peningkatan harga minyak di pasaran dunia sebenarnya menguntungkan PETRONAS meskipun harga minyak yang diimpot dari negara lain juga meningkat.Mereka yang pro-kerajaan mungkin akan memberi statistik harga minyak tinggi di negara yang tidak menghasilkan petroleum (negara pengimpot). Jangan tertipu dengan helah ini! Jika dibandingkan dengan negara pengekspot minyak lain di dunia, Malaysia jelas mempunyai harga minyak tempatan antara yang tertinggi. Cuba lihatlah jadual ini:


Di Venezuela, harga seliter petrol hanya RM0.16, manakala di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar, harga seliter petrol di antara RM0.38-RM1.19. Wajarlah harga petrol negara kita berlipat ganda berbanding negara pengeskspot lain?
Rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa kita tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. Oleh yang demikian, PROTES menganjurkan satu perhimpunan aman yang akan diadakan bulan depan. Rakyat jelata mestilah turun beramai-ramai untuk membantah tindakan kerajaan BN yang tidak wajar dan membuktikan bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat
Marilah kita sama-sama membantah kenaikan harga minyak. Marilah kita PROTES SAMPAI TURUN!
Sumber Dari : Parti Sosialis Malaysia

Sunday, June 8, 2008

Pemuda Pas Johor akan teruskan bantahan kenaikan harga minyak

Harakah hari ini (8 jun 2008) memberitakan bahawa Pemuda Pas akan terus membuat bantahan dengan kenaikan harga minyak yang sangat mendadak ini. Menurut Ketua Pemuda Pas Johor, saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, semua lapisan masyarakat negeri johor diajak untuk membantah kenaikan ini kerana ia adalah kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah negara ini. Pada 7 jun yang lalu, saudara khairul faizi telah mengetuai perhimpunan aman di Ayer Hitam untuk menyuarakan bantahan kenaikan harga minyak ini. selain itu, pada masa yang sama himpunan bantahan ini juga telah diadakan di Stesyen Petronas Parit Raja dan juga Larkin, Johor Bharu.

Saturday, June 7, 2008

minyak naik lagi...aduhai...











saya juga seperti anda juga, salah seorang rakyat malaysia yang terkejut dengan kenaikan harga minyak yang sangat mendadak....sehari selepas kenaikan harga minyak tersebut, rasa macam tidak percaya yang saya mengisi minyak motorsikal saya dengan jumlah RM10 tetapi jumlah liternya hanya lebih kurang 3.8 liter sahaja...2 hari selepas kenaikan tersebut...Dewan Pemuda Pas Johor telah menganjurkan satu perhimpunan untuk membantah tindakan bodoh kerajaan yang menaikkan harga minyak yang bagi saya sangat mendadak. perhimpunan itu diadakan di stesyen Petronas Parit Raja kira-kira jam 5 petang yang diketuai saudara Hamid dari DPPNJ.Pada jam 4 petang, jalan raya sudah sesak disebabkan sekatan yang dibuat oleh pasukan polis dan lebih kurang 20 orang polis telah berpondok di stesyen petronas tersebut. Dalam keadaan hujan renyai-renyai, akhirnya himpunan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya...namun saya percaya ianya tidak akan berakhir begitu sahaja, akan ada lagu tindakan susulan oleh rakyat yang inginkan keadilan..Nantikan ia...