Monday, March 1, 2010

Hati

saat kaca pecah berserakan..
bertaburan di kalangan mutiara yang amat berharga...
dan andainya akulah kaca-kaca itu..
duhai mutiara, maafkan lah aku..

duhai teman yang sedang berjuang..
berjuanglah..
jangan dipijak mutiara kalian..
junjunglah ia di tanjak perjuangan..
pinggirkan kaca itu ketepi..
kerna ia hanya mencoret luka di kaki kalian...

wahai burung yang berterbangan bebas..
maafkan aku kerna tiada di kalangan kamu..
bukan niat aku mematahkan sayap..
bukan niatku memutuskan ikatan..
tidak terlintas untuk melanggar sumpah dan janji..
sekiranya masih ada kasih..
izinkan aku merangkak..
mencari redhaNya...

3 comments:

kedaikami said...

dalam maksudnyer tu...biarlah merangkak untuk menggapai redha Allah dari terus berhenti

siti aminah mohd nor said...

maksud yang tersirat disebalik puisi yang puitis...merangkaklah ke jalan yg diredhai,moga dipermudahkan

PUSAT BIMBINGAN KELUARGA HIDAYAH said...

PAKEJ UMRAH serendah RM4,590

Assalamualaikum Tuan/Puan,

ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD menyediakan perkhidmatan UMRAH sepanjang tahun 2014 dengan harga yang berpatutan di antara RM4,590 - RM5,890!!

Pendaftaran SEGERA!

Anda boleh layari laman web kami http://www.alfajrtravel.com.my atau hubungi wakil JOHOR 07-2344437 / 012-7434259 untuk sebarang pertanyaan