Wednesday, December 31, 2008

MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009 & Kutipan Dana 1 Juta Untuk Gaza



MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009
& Kutipan Dana 1 Juta Untuk Gaza

Ketahuilah betapa kejamnya keganasan kemanusian yang dilakukan oleh Zionist Isreal di Palestine sekarang ini...
Bangunlah bersama solidariti menuntut keamanan & keadilan di bumi anbiya' tercinta itu.

"Al-Quds Kami Bangun BersamaMu... !"

Tarikh ; Jumaat - 2 Januari 2009 / 5 Muharram 1430H
Masa ; 8.00 malam
Tempat ; Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Belakang Hotel BlueWave)



Pemidato Khas Isu Intifadhah
(1) YB Tuan Haji Khalid Abd Samad (PAS)
(2) Dr Hafidzi Mohd Nor (Palastine Center of Excellence - PACE)
Moderator Ceramah ; Dr Azhar Yaakob Anjuran bersama MuslimCare dengan kerjasama JAIS
& MBSA


Persembahan Khas Nasyid Intifadhah oleh Muadz & Fazs
"...turunlah beramai seluruh rakyat yang cintakan kedamaian & keadilan..."

Khutbah Khas Palestin akan berkumandang di seluruh Masjid di Negeri Selangor pada hari tersebut


-mohon sebaran semaksimum -

Demonstrasi Bantah Israel!!! : 2 Jan, Masjid Sultan Abu Bakar, JB

Monday, December 29, 2008

Bastard Bastard! Bastard Yahudi!


Assalaamualaikum w.b.t

Sesungguhnya Yahudi itu tidak kan berhenti memerangi Islam sehingga Islam tunduk padanya. Serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza yang terbaru ini benar-benar menunjukkan kezaliman dan keangkuhan mereka. Dalam siri-siri serangan tersebut lebih kurang 400 penduduk Gaza yang terdiri daripada kanak-kanak, kaum wanita dan juga warga emas telah terbunuh,manakala lebih 2000 orang telah cedera, begitulah apa yang dilaporkan pasukan perubatan Gaza.

Sedar dan bangkitlah kaum muslimin, yang terbunuh itu saudara kita, sahabat-sahabat kita, adik-beradik kita. Sebagai umat islam di Malaysia, mungkin kita tidak membantu secara terus, tapi marilah kita membantu mereka dengan menggunakan senjata yang terkuat umat Islam...Doa. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara kita di sana dan juga kekuatan untuk para Muajahideen di sana. Doakan juga semoga Allah memberi kelemahan dan kegentaran kepada tentera Yahudi laknatullah...sasarkanlah peluru mereka daripada terkena kaum muslimin..




Bagi pimpinan-pimpinan parti politik, NGO, Mahasiswa dan badan-badan berkuasa yang lain, lancarkanlah Demonstrasi dan juga perhimpunan bagi mengutuk dan membantah serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu. Desaklah Kedutaan US supaya bertindak memberhentikan serangan yang dilakukan oleh sekutu Anjing dan Babi itu..Semoga dengan Demonstrasi itu, ia dapat mendedahkan kepada masyarakat Malaysia dengan kezaliman israel terhadap umat islam di Pelestin dan juga semoga ia akan menimbulkan rasa kesedaran untuk mempertahankan Islam dan umatnya walau di mana jua sekalipun.



Bangkitlah Umat Islam...!!!

Wednesday, December 17, 2008

RM27,545.80 sehari untuk istana PM dan TPM



KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.

Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.

Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.

"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.

Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita!

Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.

Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.

Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.

"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau.

sumber : Siasah Daily

Kasut Terbang Untuk Bush



Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan lontaran kasut terbang dari seorang wartawan warga arab tepat ke muka Presiden US, G.W Bush. Peristiwa itu berlaku tatkala Bush sedang berucap di sidang media di Baghdad beberapa hari yang lepas.

Walaupun kedua-dua lontaran lelaki itu sempat dielak Bush, ianya menunjukkan rasa kebencian yang meluap-luap orang Arab terhadap presiden US itu. Lontaran yang diiringi laungan 'Anjing" jelas menjatuhkan dan memalukan Bush yang sebenarnya mengangankan puji-pujian dari bonekanya di tanah Arab di saat akhir pemerintahan diktatornya.



Ternyata kenyataan Bush yang menafikan tindakan lelaki tersebut tidak mendapat sokongan rakyat Arab adalah meleset kerana beribu-ribu rakyat telah berhimpun sebagai tanda memberi sokongan padu atas tindakan wira yang melontar kasut tersebut.

Diharap peristiwa ini memberi pengajaran dan kesedaran kepada para pemimpin negara yang angkuh dan menyalahgunakan kuasa supaya menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan sejajar dengan mandat yang telah diberi rakyat.

Tambahan : Pada pendapat anda, kalau peristiwa ini terjadi di Malaysia, adakah sasaran itu sempat mengelak ataupun tidak?

Bagi saya, sama ada lontaran itu mengenai sasaran ataupun tidak bukan menjadi persoalannya, tapi saya nak lihat siapakah yang akan melontarnya...

Tuesday, December 16, 2008

mana ada gam..??



ulasan :

Berita ini hanya ingin menjelaskan tentang satu perkara.

"mana ada saya gam dia.."..saya faham dia ni anak seni dan berlakon merupakan periuk nasinya..dia boleh terus berlakon.."

- mana ada gam..tipu lah..tu kat tangan tu apa??...sampai melekat tangannya tu..bukan gam punya pasal ke..?

brapa kali nak cakap laki n pompuan yang bukan muhrim x usah nak pegang2..takkan itu pon x paham..

Sumber : Agenda Daily

Percutian suatu muhasabah

salam to all...

Alhamdulillah 2 projek yang dirancang dapat gak aku settlekan..kedua-duanya berkaitan dengan mentarbiyyah adik-adik se-johor..

Sebenarnya kedua-dua perkara ini berjalan serentak dan lari sedikit dari apa yang dirancang...sememangnya kita merancang dan Dia juga merancang..maka Dialah sebaik-baik perancang..Syukur dengan izinNya dapat juga aku involved dalam kedua2 program...

Pada mulanya pening gak kepala macam mana nak setting supaya aku bleh brada dalam kedua-duanya..rupanya benda macam ni x perlu nak fikir sangat...bertindak je terus...masa dah suntuk, kalau nak pikir2 lagi...satu ape pon x jalan..




Namun dalam proses mentarbiyyah orang lain, ia sebenarnya memuhasabah diri sendiri..sejauh manakah aku ni nak berjuang..??..banyak beralasan..malas..BODOH tul..

Semoga adik2 yang ditarbiyyah terus subur mekar umpama bunga-bunga di taman..Amiin.


Aku dan adik-adik...heh3x..