4 years ago
Wednesday, December 17, 2008
Kasut Terbang Untuk Bush
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan lontaran kasut terbang dari seorang wartawan warga arab tepat ke muka Presiden US, G.W Bush. Peristiwa itu berlaku tatkala Bush sedang berucap di sidang media di Baghdad beberapa hari yang lepas.
Walaupun kedua-dua lontaran lelaki itu sempat dielak Bush, ianya menunjukkan rasa kebencian yang meluap-luap orang Arab terhadap presiden US itu. Lontaran yang diiringi laungan 'Anjing" jelas menjatuhkan dan memalukan Bush yang sebenarnya mengangankan puji-pujian dari bonekanya di tanah Arab di saat akhir pemerintahan diktatornya.
Ternyata kenyataan Bush yang menafikan tindakan lelaki tersebut tidak mendapat sokongan rakyat Arab adalah meleset kerana beribu-ribu rakyat telah berhimpun sebagai tanda memberi sokongan padu atas tindakan wira yang melontar kasut tersebut.
Diharap peristiwa ini memberi pengajaran dan kesedaran kepada para pemimpin negara yang angkuh dan menyalahgunakan kuasa supaya menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan sejajar dengan mandat yang telah diberi rakyat.
Tambahan : Pada pendapat anda, kalau peristiwa ini terjadi di Malaysia, adakah sasaran itu sempat mengelak ataupun tidak?
Bagi saya, sama ada lontaran itu mengenai sasaran ataupun tidak bukan menjadi persoalannya, tapi saya nak lihat siapakah yang akan melontarnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment