4 years ago
Sunday, August 31, 2008
Marhaban Ya Ramadhan Al-Mubarak
Ku mangharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna..Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak. Semoga kita sema dapat memanfaatkan bulan tarbiyyah ini dengan sebaik mungkin.
"Cubalah kita kaitkan segala tekanan dan kesusahan kita dalam merentangi rintangan yang ada sepanjang hidup ini dengan tarbiyyah yang kita lalui sepanjang Ramadhan ini, InsyaAllah akan ada sedikit penyelesaian bagi segala kekarutan dan kekusutan yang tersesat sebentar jauh di lubuk hati kita sebagai manusia.."
Monday, August 25, 2008
Pertempuran Matang Powh..
Memerdekakan Rakyat! Demi, Memerdekakan Negara!
Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan kita merdeka dari penjajahan yang sudah sekian lama menzalimi serta menindas. Beberapa hari lagi maka genap 51 tahun kita merdeka, 51 tahun sudah negara tercinta ini bebas dari penjajahan yang menindas.
Namun kita melihat selepas 51 tahun keadaan menjadi lebih buruk. Pengangguran bertambah berkali-kali ganda, inflasi berada di paras tertinggi dalam sejarah yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak, manakala kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah bagi mengurangkan beban rakyat.
Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah tempang dan gagal memenuhi hasrat rakyat yang inginkan perubahan demi kehidupan yang lebih baik, makmur, harmoni dan adil. Akan tetapi kita kesal demi menggelincirkan proses perubahan, Barisan Nasional sanggup untuk menggunakan politik fitnah dan adu domba.
Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Mari kita kuatkan iltizam serta perkukuh tekad perjuangan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO.
Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan anbiya lainnya seharusnya dijadikan iktibar. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina Syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di Mahkamah Syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!
26 Ogos 2008, undilah saya demi untuk keluar dari kesengsaraan hidup, rasuah dan kerencatan ekonomi. Bersempena bulan Merdeka ini marilah kita bersama-sama di Permatang Pauh ini mendakap semangat merdeka yang sebenarnya. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap.
Marilah kita Memerdekakan Rakyat! Demi Memerdekakan Negara!
Ucapan daripada DSAI (Dato Seri Anwar Ibrahim, Bakal Perdana Menteri Malaysia)
Sunday, August 24, 2008
Ape nak jadi ngan orang kite ni??..
Di samping mengisi masa kosong kerana keterbatalan kelas pagi ni, sempatlah aku membazirkan sedikit masa untuk meng'update Suara Anak Johor yang kian sepi ni...
Niat hati, dengan membuka utusan online sekadar nak tahu perkembangan pilihanraya kecil di permatang pauh, tapi perkara lain pula yang mencuri perhatian aku.
Isu rogol mengisi beberapa ruangan tajuk di utusan online ni...polis rogol gadis 17 tahun lah...gadis 14 tahun dirogol 3 orang tentera lah..haaiii...macam2 manusia zaman sekarang ni...siapa yang nak dipersalahkan???
adakah mangsa rogol itu perlu dipersalahkan kerana mamakai pakaian mencungkil mata si buas.....??
atau
adakah si perogol perlu dipersalahkan kerana x dapat menahan hawa nafsunya lalu merogol mangsanya..??
atau..
adakah ibu-bapa dan sekolah kerana mungkin tidak mengajar bab2 agama kepada pelajar sejak di bangku sekolah..??
atau..
adakah pihak polis pula kerana....eh silap2..dah kalau polis pon ada terlibat sekali ape cerita nih..patutnya dia lah yang dok banteras benda nih..
Bagi saya, selagi mana undang-undang yang sepatutnya dilaksanakan tak terlaksana, maka selagi itulah gejala keparat ni terus menjadi virus di negara kita..
pastu yang lagi memeningkan aku...bila perogol merayu sikit je..pihak mahkamah dengan belas kasihannya terus meringankan hukuman pula...wahh..kalau macam tu orang pun x takutlah nak wat benda yang sama..mahkamah ni kadang2 pon bengong gak...habis tu nak wat macam mane lagi...Dah tak nak ikut undang-undang yang sepatutnya...degil sangat..
sumber : http://www.utusan.com.my/
Saturday, August 16, 2008
a small battle field... a big fight...
Apakah kesudahan pertarungan ini...adakah perkiraan dalam perhitungan akan dapat mengubah imij tanah airku..yang keruh dijernihkan...yang hitam diputihkan..yang rosak dipulihkan...yang diliwat???...eh ade ke kena liwat??...siap bersumpah lagi tue...berani betol die..selamat x kena panah petih masa berucap akuan sumpah tu.."manusia tanpa agama akan bertindak lebih teruk dari binatang..."
Wednesday, August 13, 2008
Berita Baik Untuk Orang Perak!!!
Raja Nazrin telah memperkenankan untuk Tn Guru Nik Aziz dan Tn Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan Khutbah Jumaat (16 ogos 2008)ni di 2 masjid berlainan sekitar ipoh. TGNA akan menyampaikan khutbahnya di Masjid Negeri Ipoh manakala TGHA pula akan berkhutbah di Masjid Sultan Azlan Shah di Intim Ipoh. So, kepada orang2 perak, jangan lepaskan peluang ini untuk mendengar khutbah jumaat daripada 2 orang pimpinan yang disegani ini.
Suratan Atau Kebetulan..
Salam..Benda ni sy ciplak dari coretan seorang kawan yang pening dengan situasi berikut..kalau anda semua mahu pening juga, bacalah artikel ni. Selamat membaca.
Hari ini berlaku pula satu keganjilan di negaraku Malaysia yang tercinta. Benar-benar ganjil apabila Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah dan menyerahkan sapina hampir serentak dengan pengumuman SPR mengenai tarikh penamaan calon dan pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ya, mungkin ia hanyalah satu kebetulan sahaja. Masakan tidak, dalam dunia hari ini terlalu banyak kebetulan yang berlaku. Secara kebetulan apabila Anwar mengumumkan ’pertukaran kerajaan’ yang bakal berlaku pada 16 September nanti, tiba-tiba sahaja wujud laporan polis oleh pemuda bernama Saiful ini terhadap Anwar yang kononnya telah melakukan perbuatan liwat ke atasnya. Secara kebetulan pula, polis bertindak pantas dengan aduan ini berbeza dengan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian bernama Bala. Sungguh pantas, berbeza sekali dengan siasatan terhadap aduan rasuah yang dibuat oleh Ezam Mohd Nor yang telah berkotak-kotak banyaknya. Terlalu lembap proses penyiasatannya sehingga Ezam sendiri pun telah bersama-sama dengan UMNO semula.
Di dalam kes Anwar, ia cepat dan pantas. Kalau boleh barangkali sebelum 26 Ogos, Anwar boleh disabitkan dengan kesalahan. Kalau perlu, lakukan perbicaraan siang dan malam agar Anwar tidak sempat turun ke Permatang Pauh.
Sungguh banyak kebetulan yang berlaku di Malaysiaku ini. Kebetulan pula Saiful yang mendakwa diliwat itu pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak untuk memohon biasiswa. Secara kebetulan, Saiful berkesempatan bertemu dengan pegawai khas Najib untuk urusan itu sekalipun dia sendiri telah gagal dalam pengajiannya. Kebetulan pula, sekali lagi selepas diliwat berkali-kali, Saiful berjumpa pula Najb untuk meluahkan pengalaman pahitnya itu. Khabarnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis. Khabarnya juga, liwat terakhir berlaku dua hari sebelum laporan polis dibuat. Adakah Saiful yang berjumpa Najib dalam keadaan tertekan itu sempat pula selepasnya ke pejabat Anwar untuk diliwat? Tambahan pula, kenapa Saiful ini berjumpa dengan Najib? Tidak tahukah Saiful bahawa Najib hanyalah seorang ahli politik yang tentunya tidak dapat berbuat apa-apa, kenapa tidak terus berjumpa dengan pihak polis? Ish.. pening dah.
Kebetulan pula, laporan polis yang biasanya dapat dibeli oleh sesiapa sahaja tiba-tiba sahaja berlaku sebaliknya di dalam kes Saiful ini. Kenapa sukar sekali mahu dapatkan laporan polis ini? Bertambah pening lagi apabila pihak polis memberikan tempoh masa 24 jam untuk Anwar hadir memberikan keterangan di balai polis, namun akhirnya memungkiri janji dengan menangkap Anwar satu jam sebelum tempoh itu berakhir. Alasannya, pihak polis sudah merasakan Anwar tidak akan hadir ke balai kerana haluan keretanya telah diubah. Aduuh, sejak bila polis pula menjadi tukang ramal? Hebat benar sehingga mampu bertindak berasaskan kepada ramalan tukang nujum.
Pening.. sungguh pening. Malaysiaku yang ganjil
Sunday, August 10, 2008
ada apa dengan pertarungan?
Ada ape dengan pertarungan??...macam-macam ada..seribu satu macam kita boleh jumpa dalam pertarungan ni..
Dalam pertarungan ada sesuatu yang akan terkorban, ada juga yg akan dikorbankan dan ada juga yang pengorbanan..Yg mana satu yang akan kita lakukan??
Adakah kita akan terkorban??
Adakah kita akan dikorbankan atau kita yg mengorbankan??
Adakah kita akan buat sesuatu pengorbanan??
atau adakah kita fikir semua persoalan ini membawa maksud yg sama???
Dalam pertarungan ada sesuatu yang akan terkorban, ada juga yg akan dikorbankan dan ada juga yang pengorbanan..Yg mana satu yang akan kita lakukan??
Adakah kita akan terkorban??
Adakah kita akan dikorbankan atau kita yg mengorbankan??
Adakah kita akan buat sesuatu pengorbanan??
atau adakah kita fikir semua persoalan ini membawa maksud yg sama???
Saturday, August 2, 2008
sahabatku di wad 7..
Baru sahaja aku menyusun buah catur dan mengatur strategi untuk menang, tiba2 aku dikejutkan ngan berita kemalangan seorang sahabat. Maka pertarunagn catur yg belum bermula terpaksa aku hentikan dan terus bergegas ke hospital BP bersama 3 orang sahabat. Setelah sampai di hospital, rombongan pertama dari sahabat2 lain sudah mahu berangkat pulang dan ada yang menasihati kami bertiga supaya datang melawat pada esoknya kerana waktu melawat telah lama tamat. Namun, alang2 menusuk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ole kerana sudah sampai, kami kuatkan semangat untuk teruskan niat dihati menuju ke wad pesakit. Alhamdulillah, kami diberi keizinan untk melawat pesakit. Tercapai hajatku untuk melihat sahabat yang terlantar di wad 7 tu. Sahabatku ini rupanya bleh kata dilanggar lari oleh pemandu yang penakut bagiku. Ini kerana dia melarikan diri meninggalkan sahabatku yang terjatuh disebabkan kesilapannya. Ape yg membuat aku bengang lagi adalah beberapa orang melayu yg nampak sahabat ni terbaring di tepi jalan raya hanya membiarkan saja...Alhamdulillah ada beberapa rakyat indonesia yang baik hati datang menolong...ape pun,semoga Allah menyembuhkan sahabatku ni karana aku yakin banyak lagi tugas yg perlu beliau settlekan..lets pray for Pok Denk..Allahurabbuna..
Subscribe to:
Posts (Atom)