4 years ago
Saturday, August 2, 2008
sahabatku di wad 7..
Baru sahaja aku menyusun buah catur dan mengatur strategi untuk menang, tiba2 aku dikejutkan ngan berita kemalangan seorang sahabat. Maka pertarunagn catur yg belum bermula terpaksa aku hentikan dan terus bergegas ke hospital BP bersama 3 orang sahabat. Setelah sampai di hospital, rombongan pertama dari sahabat2 lain sudah mahu berangkat pulang dan ada yang menasihati kami bertiga supaya datang melawat pada esoknya kerana waktu melawat telah lama tamat. Namun, alang2 menusuk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ole kerana sudah sampai, kami kuatkan semangat untuk teruskan niat dihati menuju ke wad pesakit. Alhamdulillah, kami diberi keizinan untk melawat pesakit. Tercapai hajatku untuk melihat sahabat yang terlantar di wad 7 tu. Sahabatku ini rupanya bleh kata dilanggar lari oleh pemandu yang penakut bagiku. Ini kerana dia melarikan diri meninggalkan sahabatku yang terjatuh disebabkan kesilapannya. Ape yg membuat aku bengang lagi adalah beberapa orang melayu yg nampak sahabat ni terbaring di tepi jalan raya hanya membiarkan saja...Alhamdulillah ada beberapa rakyat indonesia yang baik hati datang menolong...ape pun,semoga Allah menyembuhkan sahabatku ni karana aku yakin banyak lagi tugas yg perlu beliau settlekan..lets pray for Pok Denk..Allahurabbuna..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment