4 years ago
Sunday, August 24, 2008
Ape nak jadi ngan orang kite ni??..
Di samping mengisi masa kosong kerana keterbatalan kelas pagi ni, sempatlah aku membazirkan sedikit masa untuk meng'update Suara Anak Johor yang kian sepi ni...
Niat hati, dengan membuka utusan online sekadar nak tahu perkembangan pilihanraya kecil di permatang pauh, tapi perkara lain pula yang mencuri perhatian aku.
Isu rogol mengisi beberapa ruangan tajuk di utusan online ni...polis rogol gadis 17 tahun lah...gadis 14 tahun dirogol 3 orang tentera lah..haaiii...macam2 manusia zaman sekarang ni...siapa yang nak dipersalahkan???
adakah mangsa rogol itu perlu dipersalahkan kerana mamakai pakaian mencungkil mata si buas.....??
atau
adakah si perogol perlu dipersalahkan kerana x dapat menahan hawa nafsunya lalu merogol mangsanya..??
atau..
adakah ibu-bapa dan sekolah kerana mungkin tidak mengajar bab2 agama kepada pelajar sejak di bangku sekolah..??
atau..
adakah pihak polis pula kerana....eh silap2..dah kalau polis pon ada terlibat sekali ape cerita nih..patutnya dia lah yang dok banteras benda nih..
Bagi saya, selagi mana undang-undang yang sepatutnya dilaksanakan tak terlaksana, maka selagi itulah gejala keparat ni terus menjadi virus di negara kita..
pastu yang lagi memeningkan aku...bila perogol merayu sikit je..pihak mahkamah dengan belas kasihannya terus meringankan hukuman pula...wahh..kalau macam tu orang pun x takutlah nak wat benda yang sama..mahkamah ni kadang2 pon bengong gak...habis tu nak wat macam mane lagi...Dah tak nak ikut undang-undang yang sepatutnya...degil sangat..
sumber : http://www.utusan.com.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment