4 years ago
Wednesday, August 13, 2008
Suratan Atau Kebetulan..
Salam..Benda ni sy ciplak dari coretan seorang kawan yang pening dengan situasi berikut..kalau anda semua mahu pening juga, bacalah artikel ni. Selamat membaca.
Hari ini berlaku pula satu keganjilan di negaraku Malaysia yang tercinta. Benar-benar ganjil apabila Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah dan menyerahkan sapina hampir serentak dengan pengumuman SPR mengenai tarikh penamaan calon dan pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ya, mungkin ia hanyalah satu kebetulan sahaja. Masakan tidak, dalam dunia hari ini terlalu banyak kebetulan yang berlaku. Secara kebetulan apabila Anwar mengumumkan ’pertukaran kerajaan’ yang bakal berlaku pada 16 September nanti, tiba-tiba sahaja wujud laporan polis oleh pemuda bernama Saiful ini terhadap Anwar yang kononnya telah melakukan perbuatan liwat ke atasnya. Secara kebetulan pula, polis bertindak pantas dengan aduan ini berbeza dengan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian bernama Bala. Sungguh pantas, berbeza sekali dengan siasatan terhadap aduan rasuah yang dibuat oleh Ezam Mohd Nor yang telah berkotak-kotak banyaknya. Terlalu lembap proses penyiasatannya sehingga Ezam sendiri pun telah bersama-sama dengan UMNO semula.
Di dalam kes Anwar, ia cepat dan pantas. Kalau boleh barangkali sebelum 26 Ogos, Anwar boleh disabitkan dengan kesalahan. Kalau perlu, lakukan perbicaraan siang dan malam agar Anwar tidak sempat turun ke Permatang Pauh.
Sungguh banyak kebetulan yang berlaku di Malaysiaku ini. Kebetulan pula Saiful yang mendakwa diliwat itu pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak untuk memohon biasiswa. Secara kebetulan, Saiful berkesempatan bertemu dengan pegawai khas Najib untuk urusan itu sekalipun dia sendiri telah gagal dalam pengajiannya. Kebetulan pula, sekali lagi selepas diliwat berkali-kali, Saiful berjumpa pula Najb untuk meluahkan pengalaman pahitnya itu. Khabarnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis. Khabarnya juga, liwat terakhir berlaku dua hari sebelum laporan polis dibuat. Adakah Saiful yang berjumpa Najib dalam keadaan tertekan itu sempat pula selepasnya ke pejabat Anwar untuk diliwat? Tambahan pula, kenapa Saiful ini berjumpa dengan Najib? Tidak tahukah Saiful bahawa Najib hanyalah seorang ahli politik yang tentunya tidak dapat berbuat apa-apa, kenapa tidak terus berjumpa dengan pihak polis? Ish.. pening dah.
Kebetulan pula, laporan polis yang biasanya dapat dibeli oleh sesiapa sahaja tiba-tiba sahaja berlaku sebaliknya di dalam kes Saiful ini. Kenapa sukar sekali mahu dapatkan laporan polis ini? Bertambah pening lagi apabila pihak polis memberikan tempoh masa 24 jam untuk Anwar hadir memberikan keterangan di balai polis, namun akhirnya memungkiri janji dengan menangkap Anwar satu jam sebelum tempoh itu berakhir. Alasannya, pihak polis sudah merasakan Anwar tidak akan hadir ke balai kerana haluan keretanya telah diubah. Aduuh, sejak bila polis pula menjadi tukang ramal? Hebat benar sehingga mampu bertindak berasaskan kepada ramalan tukang nujum.
Pening.. sungguh pening. Malaysiaku yang ganjil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment