4 years ago
Wednesday, September 17, 2008
Kejamnya Manusia...
JOHOR BAHRU 16 Sept. – Seorang pelajar perempuan cemerlang berusia 16 tahun yang diculik Khamis lalu, dipercayai menjadi mangsa bunuh dan bakar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hangus di Kulai Jaya di sini hari ini.
Lebih malang, mayat Lai Ying Xin (gambar) itu yang mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 hanya ditemui sehari selepas keluarganya dikatakan membayar RM33,000 sebagai wang tebusan bagi membebaskan mangsa yang ketika itu disangkakan masih hidup.
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulai Besar itu diculik di hadapan sebuah pasar raya tempat dia bekerja sambilan dan mayatnya ditemui di kawasan semak di Taman Putri dekat Kulai Jaya.
Penemuan itu berikutan penahanan empat lelaki berusia 16 hingga 22 tahun di Kulai petang semalam.
Difahamkan, para penculik membakar mayat Ying Xin untuk tujuan menghilangkan bukti kegiatan jenayah mereka kerana mangsa dan keluarganya mengenali dan mengetahui identiti suspek-suspek.
sumber : Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment