4 years ago
Monday, September 8, 2008
"lemah" tidak bererti "lemah"
Assalaamualikum wbt.
Dalam mengharungi bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, banyak juga dugaan yang perlu kita hadapi bagi mereka2 yang tidak lalai.
Memanglah menjadi lumrah kita berasa lapar, dahaga, letih dan sebagainya ketika berpuasa. Ini mungkin disebabkan badan kita kekurangan tenaga dan air kerana tidak makan dan minum dari pagi hinggalah ke petang.
Tetapi, janganlah disebabkan perkara itu kita terus berasa "lemah" dalam kehidupan kita seharian. Cuba jangan tunjukkan yang kita ni "lemah" walaupun pada hakikatnya kita nampak "lemah". Sebab kebiasaannya orang akan kaitkan "lemah" itu dengan "kalah".
Cuba kita swing sikit bahawa yang "lemah" tu boleh "menang". Dengan kata lain, dalam keadaan "lemah" pun kita sebenarnya semakin "kuat".
Maka setting lah segala-galanya kerana Allah, insyaAllah bantuan Allah itu akan segera datang pada Hamba2Nya yang beriman dan bersyukur.
Jadikanlah kisah Perang Badar ini sebagai pencetus semangat mahu berubah dari "lemah" kepada "LEMAH" dalam diri kita semua termasuk Si Penulis ni.
Perang Badar Al-Kubra
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment