4 years ago
Tuesday, November 11, 2008
Ini Sudah BIADAB!!!
Salam, disini saya dapat melihat kebiadaban segelintir golongan yang cube mempertikaikan hukum-hukum islam dan bagi saya dan juga seluruh umat islam tindakan ini sudah melampaui batas. Mengapa mereka sudah berani membuat tindakan seperti ini? adakah umat islam terlalu berdiam diri dan tiada sensitiviti terhadap kesucian islam?
Isu ini adalah rentetan daripada fatwa daripada Majlis Fatwa Ulama kebangsaan mengenai budaya 'pengkid' ataupun 'tomboy' dan juga 'lesbian'. Saya yakin fatwa ini adalah bertujuan mengelakkan remaja perempuan islam daripada terjebak dengan budaya yang haram di sisi Islam ini.
Tapi mengapa pula mereka yang bukan Islam sibuk mempertikaikan fatwa tersebut. Ini adalah undang-undang Islam yang wajib dituruti oleh orang islam, mengapa mereka boleh mempertikaikannya dengan alasan hak orang perempuan dikongkong! Kamu yang bukan Islam nak ikut budaya tu, ikut la, tapi jangan pula ingin mengheret umat islam ke kancah mengarut seperti ini.
"Stupid Fatwa Everywhere"..inilah salah satu laungan biadab golongan mereka. Bercakap seperti golongan yang perjuangkan kebebasan sedangkan apa yang mereka buat ini mencabar undang2 islam dan kesabaran umat islam.
Apa yang dapat tahu, salah seorang daripada mereka adalah student dari Universiti Malaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment