4 years ago
Friday, November 7, 2008
Pindaan belanjawan Najib ditolak di Parlimen.
Semasa dunia dan rakyat amerika syarikat khususnya meraikan kemanangan bakal Presiden Amerika yang baru, parlimen malaysia mula menyaksikan satu perubahan besar telah berlaku dalam sejarah Dewan yang mulia itu. Satu "revolusi" di parlimen yang berlaku semalam telah mengetuk kepala Najib yang masih lagi bermimpi yang kononnya BN masih lagi mendapat mandat 2/3 daripada rakyat untuk memerintah Malaysia.
Najib yang rakusnya melanggar peraturan mesyuarat atau perlembagaan semasa sidang perlimen mengenai pindaan belanjawan dengan tambahan RM7 Billion pastinya terkejut beruk dengan penolakan usulnya yang mungkin hanya berbentuk cadangan yang tiada kekuatan undang-undang.
Apa yang menjadi persoalannya, bagaimana pada hari parlimen sepatutnya membahaskan usul belanjawan tetati telah dirosakkan najib dengan membentangkan usul belanjawan baru dengan pindaan tambahan RM7 billion daripada belanjawan yang asal. Sebelum ini, belanjawan yang asal telah dibantangkan Pak Lah semasa memegang portfolio menteri kewangan. Dan semalam najib yang menggantikan pak lah sebagai menteri kewangan telah memeningkan parlimen dengan membentangkan belanjawan baru yang langsung tiada pemakluman awal mengenainya.
Selain melanggar peraturan mesyuarat, Najib juga langsung tidak memberi laluan kepada pihak pembangkang untuk mencelah menanyakan persoalan mengenai usul najib yang langsung tidak masuk akal itu. Sepatutnya beliau memberikan laluan kepada pembangkang untuk mencelah sepertimana yang dilakukan Ds.Anuar Ibrahim suatu masa dahulu. Justeru itu Anuar mengklasifikasikan sikap najib itu sebagai "tiada keyakinan pada diri" yang mana ia berkesinambungan juga dengan sikap 'menidakkan' Najib dalam skandal2nya yang lain.
Akhirnya belanjawan yang akan dibahaskan adalah belanjawan yang dibentang Pak Lah tetapi speaker dewan tidak membuat kenyataan mengenai penolakkan usul dari Dato najib itu. Dato sseri Anuar ibrahim pula dalam ucapannya merumuskan yang pindaan Najib itu hanyalah pandangan yang tiada kekuatan untuk diterima pakai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment