Tuesday, June 30, 2009

Mari menjiwai solat kita.

Allah Maha Besar


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Monday, June 29, 2009

Felda...Dulu tolong, Sekarang Along.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mahu Felda menunaikan tanggungjawab sosial sebagai agensi yang bertangungjawab menjaga kebajikan peneroka bukanya sebagai badan korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhanya sebagai agensi kerajaan bukanya entiti perniagaan. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996.

Felda, dulunya adalah agensi kerajaan dibawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wiayah kini diletakkan sepenuhnya dibawah Timbalan perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak.

Perubahan ‘Tuan’ Felda turut mengubah strateginya sehingga ia menjadi tempat pihak tertentu mencari ‘makan’. Akhirnya peneroka menerima padahnya.

Perubahan polisi negara daripada pertanian kepada Industri turut mengubah strategi Felda terutama dibawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad apa ia mahu Felda mencari sumbar sendiri. Dasar korporat yang ambil Felda memberi pulangan hasil lumayan tetapi ia mengikis hak peneroka dan mungkin menjadi malapetaka kepada peneroka.

Felda berkembang pesar dan menjadi agensi kerajaan kedua terkaya selepa petronas, Ia menjadi umpama bank yang menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar Faedah yang tinggi kepada peneroka.

Matlamat asal Felda hendak menolong peneroka, kini berubah menjadi seperti laksana Along pula, kata Mazlan didalam buku terbarunya bertajuk Felda … Dulu Tolong sekarang Along !.
Buku setelah 98 muka surat itu mengandungi 18 bab dengan tajuk seperti berikut; sejarah penubuhan Felda, Felda Hari ini, Akta penempatan beramai-ramai 1960 dan implikasinya kepada peneroka, Jadual tetap pembayaran kembali rancangan kelapa sawit, Layanan Felda terhadap peneroka, potongan yang dikenakan oleh Felda, perbezaan harga sawit dan getah Felda dengan swasta.

Bab lain bertajuk, Mengapa peneroka enggan menyerahkan kerja tanaman semula kepada Felda, Tanaman semula secara persendirian, Pinjaman sara hidup, Pinjaman perumahan, Felda Plantatitons ; kini dan masa depan, Peranan badan-badan Felda perlu dikaji semula.
Bab seterusnya, Siapa terhutang budi, peneroka atau Felda?, Generasi baru (kedua) Felda yang diabaikan, masalah sosial di tanah rancangan Felda. Persatuan anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan bab terakhir Impian dan Harapan peneroka.

Menurut Mazlan, peneroka harus berhati-hati dengan Felda kerana terdapat beberapa perjanjian diantara peneroka dengan Felda didapati memberikan kelebihan kepada angesni berkenaan.

Beliau menyebut antaranya itu ialah perjanjian pinjaman perumahan peneroka – Felda, didalamnya terdapat satu fasa yang sangat berbahaya iaitu jika peneroka gagal mengemukakan penjamin pemohon hendaklah menandatangi perjanjian penyerahan kuasa kepada Felda untuk menguruskan kebunya.

Ini bermakna jika peneroka gagal membayar balik pinjaman kepada Felda, berkemungkinan kebun milik peneroka boleh bertukar tangan kepada angensi tersebut.
“ini sangat berbahaya dan saya minta semua pihak mengkaji semula fasa ini demi kepantingan masyarakat peneroka keseluruhanya,” kata beliau.

Buku Felda…. Dulu Tolong Sekarang Along ini telah dilancar baru-baru ini oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul hadi Awang di Johor dan Mazlan sendiri melancarkan bukunya itu di Bera dan Bandar Jengka, kini berada di pasaran.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah lah berhubungan dengan penulisnya Mazlan Aliman ditalian 013 -713 0103.

Nursyahadah



This one is dedicated for those who are having transformation to positive in their life..
and this is the original version of this song..but i'm prefer this guitar version coz it's more neutral...

Sunday, June 28, 2009

Ceramah Perdana PR Johor.

SATU CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT JOHOR akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 29 JUN 2009

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : MARKAZ PAS BAKRI (JERAM MESJID)

PENCERAMAH :


1) YB DATO' NIZAR JAMALUDDIN

(AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG)

(AJK PAS PUSAT)

2) DATO' MAHFUZ MUHAMMAD

(PESURUHJAYA PAS JOHOR)

3) DR BOO CHENG HAU

(KETUA PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT JOHOR)

(ADUN DAP SKUDAI)

(PENGERUSI DAP JOHOR)

4) PENGERUSI ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Tuesday, June 16, 2009

Dari suatu kisah ke suatu kisah.

"Hiduplah dalam kehidupan sepertimana hidupnya kehidupan itu sendiri"..La Tahzan

Begitulah satu ayat yang agak puitis untuk direnungkan bersama. Sejak akhir-akhir ini penulis banyak mengelamun mengenangkan kehidupan masyarakat yang berbagai-bagai ragam. Ada yang baik, buruk, kejam, jahil, keji dan penuh dengki...Lalu penulis ingin mencari perkaitan kehidupan tersebut dangan kehidupan yang sedang penulis lalui..

Akan tetapi, bukan kehidupan seperti itu yang ingin penulis ketengahkan dalam luahan kali ini. Kehidupan yang ingin penulis ketengahkan adalah kehidupan yang penuh "kehidupan" dalamnya. Kehidupan yang penuh suka duka, tangis tawa, permata dan duri, jalan-jalan yang penuh liku, jatuh bangun, dan semangat perjuangan untuk terus survive di bumi Allah, Sang Pencipta yang Maha Berkuasa.

Daripada elemen-elemen yang terkandung dalam kehidupan itulah penulis ingin jadikan ia sebagai pengalaman yang penuh berharga dan tanda tanya. Penulis ingin bertanya kepada diri sendiri, apa yang telah dilakukan sepanjang hidup ini, adakah penulis telah menjalankan tanggungjawab sebagai hamba yang kerdil ini dengan penuh amanah. Adakah penulis telah mengambil iktibar atas apa yang berlaku disekeliling penulis untuk dijadikan pedoman hidup, sedangkan penulis mengerti bahawa Allah tidak akan mengadakan sesuatu perkara dengan sia-sia, maka ambillah pengajaran daripadanya.

"Setelah kesulitan sudah pasti akan ada kebahagiaan"..hanya kesabaran perlu mengatasinya..

Penulis seringkali ingin menterjemah bait ayat ini ke dalam kehidupan realiti. Kebahagiaan yang bagaimanakah akan muncul setelah sesuatu kesulitan yang berpanjangan. Penulis yakin kebahagiaan itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Sepertimana Allah menjadikan siang yang terang benderang setelah malam yang gelita, sihat setelah sakit, hujan yang dingin setelah panas terik yang berpanjangan, sebelumnya lapar dan kemudian datang hidangan yang enak atau cukup sekadar mengatasi kekosongan dan juga rasa mengantuk setelah sukar untuk tidur. Terlalu banyak kebahagiaan sebenarnya yang Allah kurniakan kepada manusia, cumanya kita sahaja yang tidak mengambil pengajaran daripadanya.

"Dan dari suatu kisah ke suatu kisah ini"...

Ingin sangat penulis mengambil pengajaran dan pengalaman berharga, dengan izin Allah, kadang kala penulis berharap agar dapat mencari sedikit ketenangan, keimanan, ketakwaan, peningkatan amalan, pengajaran, kebahagiaan dan juga sedikit perkongsian dalam mentafsir erti sebuah perjuangan dalam sekecil-kecil kehidupan.


- Biarlah kita sama-sama memahami "kehidupan" dalam kehidupan.

Sunday, June 7, 2009

Bermulanya Era Baru Pas.

Berakhir sudah muktamar Pas pusat kali yang ke - 55 pada petang semalam. Muktamar yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam itu dapat dijalankan dengan jayanya serta mendapat perhatian ramai di pihak media dan juga bloggers. Tidak kurang hebat juga dikalangan perwakilan Pas terutama barisan Pemuda Perak yang mengenakan pakaian serba hitam bagi menunjukkan kata sepakat dalam keinginanan supaya DUN Perak DIBUBARKAN.

Timb. Presiden Pas, Ust Nasharudin Mat Isa dalam ucapan, ahli Pas perlu berhati-hati supaya tidak mudah terperangkap dengan serangan-serangan harus pihak luar. Contohnya pihak media Umno/BN yang cuba melaga-lagakan golongan Ulama dan profesianal dengan istilah 'konservatif' yang bermaksud golongan Ulama' mengatasi profesiaonal. Serangan ini jelas kelihatan mereka ingin mengatakan bahawa Pas ini adalah sebuah parti yang jumud dan berfikiran tertutup. Namun tuduhan itu disangkal Ust Nashrudin dengan mengatakan bahawa Pas kini bergerak dengan lebih dinamik dengan adanya Kelab penyokong Pas dan banyak juga pendekatan lain untuk golongan bukan Islam.

Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas dalam ucapan penggulungannya mengatakan bahawa umat islam terutamanya ahli gerakan Islam perlu menguasai ilmu feqah siyasah dengan lebih mendalam. Jangan hanya mengusai feqah untuk bab-bab ibadah, munaqahat dan muamalat sahaja. Ilmu siyasah yang diamalkan Rasulullah s.a.w dalam berpolitik perlulah dipelajari dan diamalkan kerana zaman ini memerlukan kita untuk mempunyai ilmu yang tinggi dalam keadaan yang mana tinggal lagi selangkah untuk memerintah negara.

Di dalam ucapan penutupnya pula, Tn Guru Hj Hadi menegaskan bahawa kita hendaklah bersabar dalam mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Kita harus yakin bahawa hanya Islam lah yang mampu membina tamadun manusia yang diredhai Allah. Allah mengharamkan umat islam menyerah kalah, oleh itu Islam membenarkan peperangan hanya kerana untuk menegakkan kebenaran dan islam, namun jika ada jalan perdamaian, maka ia diutamakan kerana kita berbalik kepada matlamat yang asal iaitu ingin menyelamatkan manusia daripada lembah kehinaan. Dalam ke arah itu, pelbagai method boleh digunakan dan apa sahaja perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam cara baik.

Tn Guru juga didalam ucapannya menegaskan kepada semua ahli gerakan islam supaya sentiasa menyuburkan takwa kepada Allah, wala' pada pimpinan dan juga ukhuwwah persaudaraan Islam perlu diperkasakan dalam mengharungi pahit getir perjuangan di medan dakwah secara kolektif ataupun berjemaah.

Akhir sekali, yang kalah terus berjuang, yang menang juga terus berjuang. Hakikatnya tiada istilah menang kalah dalam perjuangan, hanya syahid atau hidup mulia sahaja yang kita tunggu. Semoga perjuangan Islam terus subur di bumi Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya. Allahuakbar!!!

Thursday, June 4, 2009

Banteras Ah Long Di Muar!

YB DR HJ SHEIKH IBRAHIM SALLEH ADUN Sg Abong ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah di atas ketegasan dan kepantasan Yang Dipertua MPM, En Abdul Wahab Ridwan yang telah mengarahkan supaya iklan-iklan ah long yang dinaikkan tanpa permit diturunkan serta merta, malah mengambil dan menghantar pula nombor-nombor perhubungan ah long dari iklan itu ke pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Pesanan dari YB, agar tiada rakyat terjerumus ke perangkap ah long yang menjalankan perniagaan yang tidak sah ini.


Sumber : Laman Rasmi Adun Sg Abong, Muar

Muktamar Pas Ke - 55


Selamat bermuktamar untuk Parti Islam Se-Malaysia
Allahuakbar!!!

Wednesday, June 3, 2009

Usrah kedai kopi.


"Salam, free x? jom pi minum, kat tempat aritu"...- akh a

"Bang, bagi teh tarik satu..roti bakar satu".. - akh a

"weh, da lama sampai ke?" -akh b

"Baru je...setel dah ke keje ko?" -akh a


Begitulah introduksi sebuah pertemuan usrah kedai kopi...Usrah, satu perkataan yang agak sinonim dengan aktivis dakwah, kadang-kala menjadi satu perkataan yang sensitif bagi mereka yang tidak faham tentangnya..paling teruk lagi bila mereka yang 'menstatikkan' pergerakan usrah itu..

Ramai dikalangan kita yang berkemungkinan besar tidak memahami konsep, asas, keperluan dan juga matlamat usrah itu sendiri. Atas sebab itulah usrah menjadi satu perkara yang kian asing bagi aktivis dakwah kampus sehinggakan ianya menjadikan usrah itu sebagai perkara yang sangat menakutkan dan menyeramkan bagi mad'u ataupun orang biasa..

Sebagai umat Islam, kita semua mempunyai tanggungjawab dalam amal makruf dan nahi mungkar. Kita semua adalah golongan yang layak untuk berbuat demikian berpandukan ilmu pengetahuan yang berteraskan Al-Quran dan Hadith. Mengapa ada diantara kita yang mengatakan diri ini tidak layak, tidak mampu dan masih kurang ilmu untuk bertindak sedemikian?

Jadi menjawab persoalan ini, kita berbalik kepada kefahaman, keperluan, matlamat, dan juga sirah usrah tu sendiri. Sebagai ahli gerakan islam ataupun aktivis dakwah, usrah merupakan tunjang tarbiyyah@pendidikan bagi setiap individu bagi memastikan cita-cita memperjuangkan Islam terus subur dan mekar di hati sanubari.

Secara ringkasnya, Usrah boleh dikatakan sebagai satu unit kekeluargaan sesama manusia atas dasar pegangan Aqidah yang sama dalam membawa kesedaran bersama demi memperjuangkan Daulah Islamiyyah di muka bumi. Usrah telah dipraktikkan oleh Rasulullah S.A.W ketika berdakwah secara rahsia di rumah Arqam Abi Arqam, Makkah. Namun aktiviti usrah yang ada pada waktu ni, pembawakannya adalah lebih berpandukan pada cetusan idea As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, tokoh Ikhwanul Muslimin, Mesir.

Akan tetapi, janganlah kita menyempitkan fikiran bahawasanya, usrah itu perlu begini..begitu dan sebagainya. Pelbagai method boleh diguna bergantung pada keadaan semasa dan ahli usrah. Apa yang penting, matlamat usrah perlu ada dan hendaklah dicapai walaupun tidak 100%. Dengan itu, barulah usrah dapat terlaksana walaupun di kedai kopi, padang bola, pusat membeli-belah, gelanggang silat, ruang tamu rumah makcik yang sempit dan sebagainya. Sentuhlah hati mad'u kita melalui usrah, bukan menyumbat fikiran mereka seakan-akan 'memberi bayi makan sebiji epal manis sedangkan kita tahu bayi itu belum bertumbuh gigi, alangkah baiknya sekiranya diberi bayi itu makan bijirin yang mudah ditelan dan dihadam walaupun rasanya tidaklah semanis epal, yang penting si anak itu tahu yang ibunya menyayanginya'.