"Salam, free x? jom pi minum, kat tempat aritu"...- akh a
"Bang, bagi teh tarik satu..roti bakar satu".. - akh a
"weh, da lama sampai ke?" -akh b
"Baru je...setel dah ke keje ko?" -akh a
Begitulah introduksi sebuah pertemuan usrah kedai kopi...Usrah, satu perkataan yang agak sinonim dengan aktivis dakwah, kadang-kala menjadi satu perkataan yang sensitif bagi mereka yang tidak faham tentangnya..paling teruk lagi bila mereka yang 'menstatikkan' pergerakan usrah itu..
Ramai dikalangan kita yang berkemungkinan besar tidak memahami konsep, asas, keperluan dan juga matlamat usrah itu sendiri. Atas sebab itulah usrah menjadi satu perkara yang kian asing bagi aktivis dakwah kampus sehinggakan ianya menjadikan usrah itu sebagai perkara yang sangat menakutkan dan menyeramkan bagi mad'u ataupun orang biasa..
Sebagai umat Islam, kita semua mempunyai tanggungjawab dalam amal makruf dan nahi mungkar. Kita semua adalah golongan yang layak untuk berbuat demikian berpandukan ilmu pengetahuan yang berteraskan Al-Quran dan Hadith. Mengapa ada diantara kita yang mengatakan diri ini tidak layak, tidak mampu dan masih kurang ilmu untuk bertindak sedemikian?
Jadi menjawab persoalan ini, kita berbalik kepada kefahaman, keperluan, matlamat, dan juga sirah usrah tu sendiri. Sebagai ahli gerakan islam ataupun aktivis dakwah, usrah merupakan tunjang tarbiyyah@pendidikan bagi setiap individu bagi memastikan cita-cita memperjuangkan Islam terus subur dan mekar di hati sanubari.
Secara ringkasnya, Usrah boleh dikatakan sebagai satu unit kekeluargaan sesama manusia atas dasar pegangan Aqidah yang sama dalam membawa kesedaran bersama demi memperjuangkan Daulah Islamiyyah di muka bumi. Usrah telah dipraktikkan oleh Rasulullah S.A.W ketika berdakwah secara rahsia di rumah Arqam Abi Arqam, Makkah. Namun aktiviti usrah yang ada pada waktu ni, pembawakannya adalah lebih berpandukan pada cetusan idea As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, tokoh Ikhwanul Muslimin, Mesir.
Akan tetapi, janganlah kita menyempitkan fikiran bahawasanya, usrah itu perlu begini..begitu dan sebagainya. Pelbagai method boleh diguna bergantung pada keadaan semasa dan ahli usrah. Apa yang penting, matlamat usrah perlu ada dan hendaklah dicapai walaupun tidak 100%. Dengan itu, barulah usrah dapat terlaksana walaupun di kedai kopi, padang bola, pusat membeli-belah, gelanggang silat, ruang tamu rumah makcik yang sempit dan sebagainya. Sentuhlah hati mad'u kita melalui usrah, bukan menyumbat fikiran mereka seakan-akan 'memberi bayi makan sebiji epal manis sedangkan kita tahu bayi itu belum bertumbuh gigi, alangkah baiknya sekiranya diberi bayi itu makan bijirin yang mudah ditelan dan dihadam walaupun rasanya tidaklah semanis epal, yang penting si anak itu tahu yang ibunya menyayanginya'.
4 years ago
No comments:
Post a Comment