Sunday, June 7, 2009

Bermulanya Era Baru Pas.

Berakhir sudah muktamar Pas pusat kali yang ke - 55 pada petang semalam. Muktamar yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam itu dapat dijalankan dengan jayanya serta mendapat perhatian ramai di pihak media dan juga bloggers. Tidak kurang hebat juga dikalangan perwakilan Pas terutama barisan Pemuda Perak yang mengenakan pakaian serba hitam bagi menunjukkan kata sepakat dalam keinginanan supaya DUN Perak DIBUBARKAN.

Timb. Presiden Pas, Ust Nasharudin Mat Isa dalam ucapan, ahli Pas perlu berhati-hati supaya tidak mudah terperangkap dengan serangan-serangan harus pihak luar. Contohnya pihak media Umno/BN yang cuba melaga-lagakan golongan Ulama dan profesianal dengan istilah 'konservatif' yang bermaksud golongan Ulama' mengatasi profesiaonal. Serangan ini jelas kelihatan mereka ingin mengatakan bahawa Pas ini adalah sebuah parti yang jumud dan berfikiran tertutup. Namun tuduhan itu disangkal Ust Nashrudin dengan mengatakan bahawa Pas kini bergerak dengan lebih dinamik dengan adanya Kelab penyokong Pas dan banyak juga pendekatan lain untuk golongan bukan Islam.

Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas dalam ucapan penggulungannya mengatakan bahawa umat islam terutamanya ahli gerakan Islam perlu menguasai ilmu feqah siyasah dengan lebih mendalam. Jangan hanya mengusai feqah untuk bab-bab ibadah, munaqahat dan muamalat sahaja. Ilmu siyasah yang diamalkan Rasulullah s.a.w dalam berpolitik perlulah dipelajari dan diamalkan kerana zaman ini memerlukan kita untuk mempunyai ilmu yang tinggi dalam keadaan yang mana tinggal lagi selangkah untuk memerintah negara.

Di dalam ucapan penutupnya pula, Tn Guru Hj Hadi menegaskan bahawa kita hendaklah bersabar dalam mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Kita harus yakin bahawa hanya Islam lah yang mampu membina tamadun manusia yang diredhai Allah. Allah mengharamkan umat islam menyerah kalah, oleh itu Islam membenarkan peperangan hanya kerana untuk menegakkan kebenaran dan islam, namun jika ada jalan perdamaian, maka ia diutamakan kerana kita berbalik kepada matlamat yang asal iaitu ingin menyelamatkan manusia daripada lembah kehinaan. Dalam ke arah itu, pelbagai method boleh digunakan dan apa sahaja perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam cara baik.

Tn Guru juga didalam ucapannya menegaskan kepada semua ahli gerakan islam supaya sentiasa menyuburkan takwa kepada Allah, wala' pada pimpinan dan juga ukhuwwah persaudaraan Islam perlu diperkasakan dalam mengharungi pahit getir perjuangan di medan dakwah secara kolektif ataupun berjemaah.

Akhir sekali, yang kalah terus berjuang, yang menang juga terus berjuang. Hakikatnya tiada istilah menang kalah dalam perjuangan, hanya syahid atau hidup mulia sahaja yang kita tunggu. Semoga perjuangan Islam terus subur di bumi Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya. Allahuakbar!!!

No comments: