Pelajar IPT ditahan kes buang bayi
IPOH: Polis menahan seorang pelajar wanita berumur 18 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi baru lahir di di dalam bilik asrama sebuah universiti di Tronoh dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC II Ismail Yatim berkata mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja wanita yang membersihkan bilik asrama berkenaan pada jam 7 pagi.
Beliau berkata polis dimaklumkan mengenainya lalu mengambil mayat bayi yang masih bertali pusat itu, dan menghantarnya ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.
Menurutnya, pelajar yang tinggal asrama berkenaan ditahan pada jam 12 tengah hari semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
sumber daripada : Harian Metro (31 Julai 2008)
4 years ago
No comments:
Post a Comment