4 years ago
Monday, October 27, 2008
Kenapa perlu susah?
Salam perjuangan..
Acap kali kita dengar satu kata-kata keramat yang berbunyi "Pemimpin lahir dari ceruk2 permasalahan lalu menonjol di tengah2 dan dijulang menjadi pemimpin"..lebih kurang gitu la ayat die..
Dengan kata lain pemimpin ni lahir atau datang dari satu keadaan yang susah dan keadaan yang tidak selesa. Contohnya, cuba kita lihat pada sirah pemimpin Agung dunia, Nabi Muhammad S.a.w. Baginda pada mulanya menerima tarbiyyah terus daripada Allah. Pada usia yang muda baginda sudah dilatih dari segi perasaan yang cekal dan tabah iaitu dengan kematian ibu-bapanya sejak kecil lagi.Kalau dalam cerita Star Wars tu, nak menjadi seorang Jedi Knight, mereka mestilah hilang perasaan takut akan kehilangan sesuatu atau seseoang yang disayangi..mungkin sebab sebagai seorang pejuang ni, salah satu cubaannya adalah kehilangan orang yang tersayang..
Selain itu kalau dalam cerita2 omputih tentang penyiasatan dan perisikan, maklumat perisik atau agen tersebut perlu dirahsiakan supaya pihak musuh tidak mencari orang yang ada kaitannya seperti keluarganya untuk tujuan melemahkannya..
K berbalik pd sirah nabi tadi, selain kehilangan parents pada usia muda, baginda juga dilatih untuk mengembala kambing pada usia yang muda juga. Aku rasa mengembala haiwan ni bukan satu kerja yang muda tambahan lagi pada usia pengembala yang masih setahun jagung..Dengan kata lain, sebelum baginda ditugaskan untuk memacu umat manusia, mengembala kambing adalah training untuknya..
Secara ringkasnya, cuba kita fikir kenapa Nabi S.a.w perlu susah, sedih dan sebagainya sedangkan dia adalah kekasih Allah?
Pada pandangan aku secara peribadi, segala kasusahan dan kesedihan itu adalah salah satu persiapan dan latihan untuk menjadi seorang pemimpin dan pejuang sejati yang cekal hatinya..
Sebab itulah kenapa perlu susah. Terutamanya golongan mahasiswa di kampus yang terlibat dengan gerakan mahasiswa. Mereka ni adalah bakal menggantikan pemimpin Malaysia yang sedia ada sekarang. Mereka perlu well-trained di kampus, atau dengan kata lain dilatih untuk susah. Kemudian bila keluar dari alam kampus nanti, barulah produk yang dihasilkan itu betul2 berkualiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment