Tuesday, July 7, 2009

Bayu yang rela..

Bayu yang rela…



Seakan bisikan angin pantai…

Mengatakan yang aku merindukan desiran ombak…

Nyamannya udara..

sesungguhnya ketenangan ada di situ..


Ingin aku selami..

Sebuah jiwa yang suci murni..

Lahir sejak azali..

Sambil mengutip butir-butir siput

Di pantai…

Dan dia tersenyum manis..

Bilamana si ombak menghempas pantai..


Angin bayu yang indah..

Ketenangan kurniaan Tuhan..

Kebahagiaan selepas kesedihan..

Dan saat itu aku berdoa..

Agar bahagia itu sentiasa ada..

Pada jiwa-jiwa yang terindah..


Wahai bayu yang rela..

kekalkan lah sejuk angin mu..

walau hangat terik mentari menerpamu..

kau takkan rebah..

Biar sampai kapan pun..

Aku tiada lagi di persisir pantaimu..


Sesungguhnya kau redha..

Dengan ketentuanNya..

Sepertimana kerelaan yang tersemat pada namamu..


Bayu yang rela...

1 comment:

Ahmad Sadli Ibrahim said...

Salam . Anda telah di pilih sebagai ahli pertama untuk join blogger johor. Tahniah. Anda akan dapat link2 dari member member johor. Jika anda tak mahu join, sila e-mel semula kepada saya. List blog anda akan di buang.