Friday, July 17, 2009

Suatu pembelaan..

Apa yang akan anda lakukan sekiranya....

adik perempuan anda dipukul oleh teman lelakinya yang tidak suka dgn perubahan adik anda untuk menutup aurat...sesungguhnya adik anda itu ingin sangat berpisah dgn lelaki itu kerana cintanya pd Allah dan Rasulullah..

kemudian adik anda ditarik tudungnya hingga ternampak mahkota yang adik anda sangat ingin memlihara kehormatannya....adik anda ingin balik memakai tudung berkenaan namun dia makin kuat dipukul dan lelaki berkenaan merampas tudung itu lalu mengoyakkannya...

adik anda tidak kisah dipukul sedemikian rupa, dia cuma ingin menutup auratnya sahaja diatas hidayah Allah yang baru shj die peroleh...

adik anda juga diugut supaya jangan berpakaian labuh dan bertudung..dan dipaksa pakai pakaian yang tidak menutup aurat seperti zaman adik anda sebelum mendapat hidayah suatu masa dulu..

Bukankah pd zaman Rasulullah dulu, wanita seperti ini akan dibela oleh pemuda2 islam yang gagah perkasa dengan pedang terhunus ditangannya..???

Sekiranya aku ingin memegang pedang tersebut, membela kehormatan adik itu yang ingin bergelar muslimah seperti enti-enti semua...

Sekiranya aku ingin meletakkan diri aku dalam masalah hanya kerana membela kehormatan adik itu yang juga merupakan wanita islam..

sekiranya aku mgkin mendapat luka dan keperitan atas pembelaan tersebut..

Adakah ada diantara kalian yang ingin turut serta bersamaku???

2 comments:

jannatussaufi said...

Ya Allah..sedihnya baca kes ni..em, inilah keadaan yg akan wujud apabila manusia menjadi Islam kerana keislamannya diwarisi bukan dipelajari dan diyakini. That's why dorg xtahu mana perkara yg wajib, sunat, haram dsbgnya.. Bukan sekadar tidak mendorong kearah kebaikan malah mereka mempersoalkan semula perkara baik yg dilakukan. Astahfirullahal'azim..

Sekiranya ISLAM adalah keyakinan dan menjadi 'the way of life'mungkin tidak timbul isu sebegini. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama2 dgn org yg sabar. Kepada adik penulis, teruskan dengan perubahan kearah yg lbih baik.Melaksanakan perintah ALLAH, menghindari kemurkaanNya, mencontohi sunnah, maka Islam menjadi keyakinan dan amalan hidup kita. kepada penulis, ana mewakili & Nisa'Negeri sentiasa menyokong & bersama nta. Mohon kebenaran utk copy n paste ke blog nisa'.. Tq

Mohd Ariff Bin Azman said...

ini baru secebis kehidupan masyarakat...pasti banyak lagi..tanggungjawab kita untuk bertebaran ke masyarakat dan membantu golongan seperti ini...kadang2 perkara ini akan memberi kita banyak pengajaran dan keinsafan...perkara ini juga mentarbiyyah kita..