Esok dijangka akan berlaku gerhana penuh matahari dimana bulan akan berada diantara matahari dan bumi lalu menutup keseluruhan cahaya matahari. Fenomena ini akan berlaku khususnya diseluruh benua India dan China. Bagi rakyat Malaysia, mereka yang berada di utara tanah air khususnya insyallah akan dapat melalui peristiwa ini esok Rabu 29 Rejab 1430/ 22 Julai 2009. Di Malaysia, gerhana penuh matahari ini dijangka berlaku mulai jam 08.23am sehinggalah jam 09.48am.
Didalam surah Al Fussilat: 37, ALLAH berfirmaN, "Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah kamu pula kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada ALLAH yang menciptakannya...".
Dan Rasulullah bersabda, "bahawa matahari dan bulan itu tanda daripada segala tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan ALLAH. Berlaku gerhana (bulan & matahari) bukan kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya. Maka apabila kamu lihat perkara itu (yakni gerhana), hendaklah kamu sembahyang dan berada sehingga hilang gerhana".
Ringkasan kaifiyat (cara) mengerjakan solat sunat gerhana (bulan atau matahari) adalah saperti berikut:
Roka'at Pertama:
1. Niat;
2. Takbirrotul ihram;
3. Baca Al Fatihah;
4. Baca suatu surah yang panjang (Nabi membaca sepanjang surah Al Baqarah!);
5. Ruku' serta bertasbih biasa;
6. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
7. Berdiri qiyyam (iaitu tegak);
8. Baca Al Fatihah;
9. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah pertama tadi);
10. Ruku' serta bertasbih biasa;
11. I'tidal iaitu naik untuk qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
12. Tasbih "robbana walakal hamd";
13. Terus sujud berserta tasbih biasa;
14. Duduk diantara dua sujud serta bertasbih biasa;
15. Sujud serta bertasbih biasa;
16. Naik qiyyam untuk roka'at kedua.
Roka'at Kedua:
1. Baca Al Fatihah;
2. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah kedua tadi);
3. Ruku' serta bertasbih biasa;
4. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
5. Baca Al Fatihah;
6. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah ketiga tadi);
7. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
8. Tasbih "robbana walakal hamd";
9. Terus sujud berserta bertasbih biasa;
10. Duduk di antara dua sujud serta bertasbih biasa;
11. Sujud berserta bertasbih biasa;
12. Tahhiyyat akhir;
13. Salam.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk keluar, saudara/i boleh melihat peristiwa ini secara langsung ("live") dengan melayari laman berikut pada waktu yang disebut tadi (0823-0948hrs):
www.live-eclipse.org; atau
www.eclipse-tv.com.
Selamat bergerhana matahari.
Wassalam.
Sumber : The Riding MP
4 years ago
No comments:
Post a Comment