4 years ago
Monday, October 27, 2008
Kenapa perlu susah?
Salam perjuangan..
Acap kali kita dengar satu kata-kata keramat yang berbunyi "Pemimpin lahir dari ceruk2 permasalahan lalu menonjol di tengah2 dan dijulang menjadi pemimpin"..lebih kurang gitu la ayat die..
Dengan kata lain pemimpin ni lahir atau datang dari satu keadaan yang susah dan keadaan yang tidak selesa. Contohnya, cuba kita lihat pada sirah pemimpin Agung dunia, Nabi Muhammad S.a.w. Baginda pada mulanya menerima tarbiyyah terus daripada Allah. Pada usia yang muda baginda sudah dilatih dari segi perasaan yang cekal dan tabah iaitu dengan kematian ibu-bapanya sejak kecil lagi.Kalau dalam cerita Star Wars tu, nak menjadi seorang Jedi Knight, mereka mestilah hilang perasaan takut akan kehilangan sesuatu atau seseoang yang disayangi..mungkin sebab sebagai seorang pejuang ni, salah satu cubaannya adalah kehilangan orang yang tersayang..
Selain itu kalau dalam cerita2 omputih tentang penyiasatan dan perisikan, maklumat perisik atau agen tersebut perlu dirahsiakan supaya pihak musuh tidak mencari orang yang ada kaitannya seperti keluarganya untuk tujuan melemahkannya..
K berbalik pd sirah nabi tadi, selain kehilangan parents pada usia muda, baginda juga dilatih untuk mengembala kambing pada usia yang muda juga. Aku rasa mengembala haiwan ni bukan satu kerja yang muda tambahan lagi pada usia pengembala yang masih setahun jagung..Dengan kata lain, sebelum baginda ditugaskan untuk memacu umat manusia, mengembala kambing adalah training untuknya..
Secara ringkasnya, cuba kita fikir kenapa Nabi S.a.w perlu susah, sedih dan sebagainya sedangkan dia adalah kekasih Allah?
Pada pandangan aku secara peribadi, segala kasusahan dan kesedihan itu adalah salah satu persiapan dan latihan untuk menjadi seorang pemimpin dan pejuang sejati yang cekal hatinya..
Sebab itulah kenapa perlu susah. Terutamanya golongan mahasiswa di kampus yang terlibat dengan gerakan mahasiswa. Mereka ni adalah bakal menggantikan pemimpin Malaysia yang sedia ada sekarang. Mereka perlu well-trained di kampus, atau dengan kata lain dilatih untuk susah. Kemudian bila keluar dari alam kampus nanti, barulah produk yang dihasilkan itu betul2 berkualiti.
Friday, October 24, 2008
Dah lama aku x mengarut..
Assalaamualaikum dan selamat sejahtera..
sudah berapa minggu aku x menconteng di lembaran alam teknologi alam siber ni..terasa rindu nak menulis tapi idea macam terasa sukar untuk diluarkan. Mungkin kerana saluran idea mengecut keletihan kerana terlalu banyak material yang dikeluarkan at the same time. Tapi macam manapon idea itu perlu juga dihamburkan supaya ia tidak menjadi sesumbat yang menjadi penyumbat dalam saluran yang boleh tersumbat...
Kemudian setelah saluran idea sudah dibersihkan, tapi still lagi terasa idea itu tidak dapat disalurkan dengan lancar...mungkin banyak dosa kot..
aku nak mengarut lagi..
setakat mana kita kenal orang2 di sekeliling kita??...adakah cukup sekadar mengenali abu yang dok serumah ngan kita...jeffrey yang merupakan teman belajar kita...ayu yang dok sebelah umah kita..shidi yang sekepala dan sekaki bola ngan kita...dan boleh kah kita assume yang kita sudah cukup dengan hanya mengenali geng2 kita sahaja...
Dan lagi satu aku nak mengarut, nak kenal orang ni memerlukan high level ke? ye kot?? mane aku tau..aku tau mengarut je seperti apa yang aku sedang buat tika dan saat ini..
tambahan mengarut lagi...
awat kita ni asyik dok cerita perihal ape yang orang lain buat..die dok berjuang mungkin dengan cara tersendiri..kita plak asyik asyik cakap yang die buat atas sebab untuk kepentingan peribadi lah..apa lah..hang mana tau..siap dok cakap dari warna biru muda tukar ke biru laut pekat la...hijau langsung x nampak...mungkin strategi politik masing2 la...dalam peperangan ni ada yang zahir ada yang underground....lebih kurang kurang macam previous artikel aku yang lepas "korbankan castle untuk selamatkan Queen"...rindu plak nak wat artikel versi macam tu...kadang2 bukan orang paham pon...
pastu aku pelik knape kat peta dalam blog ni ramai pelawat dari oversea..die paham ke apa yang aku tulis ni?...MUNGKIN LEPAS NI KENA WAT DALAM ENGLISH KUT..dah la aritu speaking pon terabur..ntah bila ntah nak bertutur dengan sopan...teruk betul aku ni..memang mengarut r artikel ni..
sebenarnya memamng banyak dosa aku nih..ntah bila nak berubah..jangan main cakap je but kaki tangan di gari ngan rantai besi..
ape cite ngan Mahasiswa mencabar ni..dah kalah ke??? ha..cerita pasal mahasiswa plak kadang2 memag aku panas..mungkin silap aku gak sebab masuk crita x kena tempat kut...dah orang sibuk hidup dangan hidup yang selesa beralaskan kesenangan, watpe nak susah2 cari kerja berjuang yang xde gaji duniawi...baik cari kerja yang bleh jana duit...cuti dah nak dekat ni..kadang2 itulah mentaliti mahasiswa kita..
pastu...dalam berjuang bleh retired ke??...mengarut betol la..sape yang mengarut, aku ke die???..ni sebab kes x paham la nih...hidup ni stu perjuangn...skop die besar...kena atur betol2 la..terplecok sikit biasa r tu...memang ada susahnya meletakkan diri dalam peperangan...yelah nama pun perang..mestilah susah..kalau senang, ha tu mengarut r tu..sebab tu ada kalimat "Mehnah dan Tribulasi"...bukan suka2 je dicipta kalimat keramat tu..
lagi satu...tibe2 je dia datang...sape die?...penyakit..kadang2 timbul perasaan pelik di hati ini..whatever pun..penyakit ni sebenarnya menguji kesabaran dan kesyukuran..
memang mengarut r artikel ni..
k Salam..adious..
Sunday, October 12, 2008
Pilihanraya Kampus Kali ini Tidak diadakan Serentak!!!
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pilihanraya kampus (PRK) yang sebelum ini diadakan serentak di semua universiti. Tapi apa yang sangat mengejutkan adalah pertama sekali dalam sejarah, PRK pada kali ini tidak diadakan serentak dan dipecahkan kepada 2 fasa. Fasa pertama adalah pada 16 Oktober ini dan ianya hanya melibatkan beberapa kampus iaitu UMT,UMP, UMK dan UDM sahaja. Manakala kampus lain termasuk UTHM akan diadakan pada Januari tahun hadapan.
Berikut adalah beberapa fakta yang telah kami ringkaskan mengenai PRK :
1) KPT mengarahkan supaya nama Pilihanraya kampus kepada Pemilihan Majlis perwakilan pelajar. Tujuannya adalah untuk memastikan PRK kali ini tidak menjadi tumpuan media dan umum. Ini kerana kalimat PRK ini sebenarnya bleh dikatakan setanding dengan kalimat PRU (Pilihanraya umum). Dengan kata lain, KPT tidak mahu mahasiswa merasai PRK ini seperti PRU di luar sana dan bagi mereka cukuplah sekadar kalimat pemilihan, seperti pemilihan ketua kelas sekolah rendah..
2) KPT mahu menukarkan kalimat Mahasiswa kepada pelajar saja kerana mereka sedar kalimat mahasiswa ini boleh menimbulkan rasa terhormat yang tiggi di kalangan mahasiswa.
3) KPT telah menaburkan belanjawan yang banyak kepada jentera Aspirasi sedangkan calon dari jentera selain Aspirasi dianak tirikan.
4) KPT mengarahkan hanya HEP saja yang boleh mengluarkan poster calon. Kreativiti Mahasiswa dalam menyediakan poster calon adalah dilarang. Cukuplah sekadar poster A4 dari HEP. Bukankah perkara ini membantutkan kreativiti Mahasiswa dan kata lain mahasiswa harus disuap sahaja...
5) KPT juga mengarahkan supaya calon yang bukan bertanding atas tiket Aspirasi tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana mereka takut perkara ini boleh menimbulkan kekuatan dikalangan mahasiswa yang mempunyai idealisme yg sama.
Terlalu banyak sekatan yang mereka buat bagi mengelakkan kekalahan secara besar-besaran dan serentak di pihak Aspirasi yang sememangnya menjadi kambing hitam HEP dan KPT yang ditunjangi pihak tertentu.
Sumber : Taktik jahat KPT kendali PRK.
Thursday, October 9, 2008
Mahasiswa kembali mencabar.
Sempena pilihan raya kampus yang kian menjelang ini, suara mahasiswa akan kembali melonjak-lonjak dalam memastikan kemenangan kepada pihak yang betul-betul membawa idealisme mahasiswa yang kukuh.
Walaupun tarikh pilihan raya kampus yang masih menjadi teka teki lagi di kalangan penggerak mahasiswa, namun yang pastinya persediaan yang sepatutnya telah mereka rancangkan dalam memastikan Majlis Perwakilan Pelajar hanya dianggotai oleh mereka yang berprinsipkan "dari mahasiswa untuk mahasiswa" dan bukannya menjadi kambing hitam sebelah pihak sehingga isu-isu kampus tergadai dan nasib mahasiswa terus tenggelam di bawa arus kebobrokan dalam kepimpinan..
Dan sejauh manakah mahasiswa akan terus membawa idealismenya menerobos ke masyarakat kampus dan menjadi icon untuk masyarakat kampus.
Tapi semangat dan cetusan minda yang ingin berubah dan bebas dari kepompong lama dan takut tidak bertempat harus diberi pujian kerana ianya adalah langkah awal untuk pembaharuan gerakan mahasiswa kampus ke arah yang lebih baik.
Niat perubahan itu hendaklah disertai dangan keyakinan, kesungguhan dan tindakan. Bukan hanya 'terucap di lidah sambil menghayun tangan tapi kaki dan tangan terikat.'
Wednesday, October 8, 2008
Coz we supposed to be have freedom and we do have a right..
Sebahagian dari berpuluh ribu perusuh antikerajaan Thailand menyelamatkan diri daripada asap pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis di pekarangan bangunan Parlimen di Bangkok, semalam.
jika mereka kejam, tentanglah mereka. keadilan untuk semua. pemerintah yang zalim harus dilaknat dan ditentang.
Apakah mereka terlupa, kita punya rasa punya cita, yang sedang dalam kegelapan, dan bagai kesesatan, akan pasti aku nyalakan, api cahaya kehidupan..
bukan melancar peperangan, hanya pejuang keadilan..
katakan pada hatimu, kau bebas menetang musuhmu, di kebebasan yang baru, kan membimbingmu..kuatlah peganganmu kita pastikan bersatu, di kebebasan yang baru kita kan bertemu...
"kerana semua manusia berhak mendapat keadilan dan kesejahteraan, dan apa yang rakyat lakukan ada juga kebenarannya, maka fahami perjuangan dalam kehidupan."
Sumber : Bangkok kembali bergolak (Utusan Meloya)
kembali mencabar..
Assalamualaikum...selamat kembali ke alam mencabar kpd semua x kira samada pulang ke alam pekerjaan ataupun kemahasiswaan. setelah lita bersama menyambut kemenangan di aidilfitri ini, mari kita merenung kembali adakah kita benar2 memenangi cabaran dan dugaan yang telah dijanjikan??..adakah apa yang telah kita lalui itu dapat mengubah kita kepada tahap yang lebih baik dari yang sebelumnya??
Dalam mengaplikasikan daripada teori kepada praktikel, keyakinan dan kesungguhan itu perlu ada. keyakinan yang kita boleh berubah perlu kukuh bagi memastikan yang kita tahu akan matlamat kita untuk berubah. kesungguhan untuk berubah perlu istiqamah bagi memastikan yang kita ini akan berubah. tanpa kedua-dua konsep ini, kita akan seperti tahi ayam yang dihangatkan..ataupun tahi ayam yang masih hangat...ataupu lebih sopan lagi disebut, hangat-hangat tahi ayam.
Namun kita kena sedar dan kita kena telan bahawa setiap pejalanan kita semestinya ada sekatan. Contohnya kita ambil semasa perjalan kita nak ke kebun kelapa sawit. Keluar je dai halaman rumah, kita sudah jumpa simpang-simpang yang perlu kita lalui dan kadang-kadang simpang itu ada sedikit berbahaya dan perlu melaluinya dengan perlahan. Then ditambah lagi dengan bendul-bendul yang ada, sebab sekarang jalan2 kat felda majoritinya dah ada bendul. So, bahaya juga kalau kita main redah sahaja bendul tu dengan kelajuan yang tinggi...silap2 boleh terpelanting kita. Sampai ke kawasan kebun pula, sudah pasti jalannya lebih kurang enak berbanding jalan yang sebelumnya. Berbukit-bukit, berbonggol-bonggol, berlekuk-lekuk semuanya ada.
Biasalah tu, kalau kita kaitkan dengan kehidupan kita seharian, kadand-kadang tu bila masa-masa yang kritikal untuk siapkan sesuatu perkara tu la akan datangnya anasir-anasir luar yang akan menjadi lekuk-lekuk dan bendul-bendul yang mungkin akan mencacatkan perancangan kita. Berbalik pula di kebun tadi, ada sesetengah kebun yang kena lalui sungai atau parit. Tapi jangan cepat menggelabah kerana sudah pasti mesti sudah ada jambatan atau titi untuk kita lalui.
Adanya jambatan atau titi itu kerana sudah ada orang yang melaluinya atau membinanya. Kalau kita takut2 ia patah, kita kena yakin bahawa orang lain pun pernah laluinya, so kita pun boleh lalu lah sepatutnya. Tapi kalau time kita lalu tu dia nak patah, terima je lah..
Entah apa yang saya merepek ni, tujuan asalnya hanya nak mengucapkan selamat kembali medan perjuangan masing-masing. Selamat kembali mencabar pada semua, tidak kira menang atau kalah yang penting kita sudah mencabar dengan penuh bergaya...
"mengelak dan melarikan diri bererti kekalahan dan kehilangan"
Subscribe to:
Posts (Atom)