4 years ago
Wednesday, October 8, 2008
kembali mencabar..
Assalamualaikum...selamat kembali ke alam mencabar kpd semua x kira samada pulang ke alam pekerjaan ataupun kemahasiswaan. setelah lita bersama menyambut kemenangan di aidilfitri ini, mari kita merenung kembali adakah kita benar2 memenangi cabaran dan dugaan yang telah dijanjikan??..adakah apa yang telah kita lalui itu dapat mengubah kita kepada tahap yang lebih baik dari yang sebelumnya??
Dalam mengaplikasikan daripada teori kepada praktikel, keyakinan dan kesungguhan itu perlu ada. keyakinan yang kita boleh berubah perlu kukuh bagi memastikan yang kita tahu akan matlamat kita untuk berubah. kesungguhan untuk berubah perlu istiqamah bagi memastikan yang kita ini akan berubah. tanpa kedua-dua konsep ini, kita akan seperti tahi ayam yang dihangatkan..ataupun tahi ayam yang masih hangat...ataupu lebih sopan lagi disebut, hangat-hangat tahi ayam.
Namun kita kena sedar dan kita kena telan bahawa setiap pejalanan kita semestinya ada sekatan. Contohnya kita ambil semasa perjalan kita nak ke kebun kelapa sawit. Keluar je dai halaman rumah, kita sudah jumpa simpang-simpang yang perlu kita lalui dan kadang-kadang simpang itu ada sedikit berbahaya dan perlu melaluinya dengan perlahan. Then ditambah lagi dengan bendul-bendul yang ada, sebab sekarang jalan2 kat felda majoritinya dah ada bendul. So, bahaya juga kalau kita main redah sahaja bendul tu dengan kelajuan yang tinggi...silap2 boleh terpelanting kita. Sampai ke kawasan kebun pula, sudah pasti jalannya lebih kurang enak berbanding jalan yang sebelumnya. Berbukit-bukit, berbonggol-bonggol, berlekuk-lekuk semuanya ada.
Biasalah tu, kalau kita kaitkan dengan kehidupan kita seharian, kadand-kadang tu bila masa-masa yang kritikal untuk siapkan sesuatu perkara tu la akan datangnya anasir-anasir luar yang akan menjadi lekuk-lekuk dan bendul-bendul yang mungkin akan mencacatkan perancangan kita. Berbalik pula di kebun tadi, ada sesetengah kebun yang kena lalui sungai atau parit. Tapi jangan cepat menggelabah kerana sudah pasti mesti sudah ada jambatan atau titi untuk kita lalui.
Adanya jambatan atau titi itu kerana sudah ada orang yang melaluinya atau membinanya. Kalau kita takut2 ia patah, kita kena yakin bahawa orang lain pun pernah laluinya, so kita pun boleh lalu lah sepatutnya. Tapi kalau time kita lalu tu dia nak patah, terima je lah..
Entah apa yang saya merepek ni, tujuan asalnya hanya nak mengucapkan selamat kembali medan perjuangan masing-masing. Selamat kembali mencabar pada semua, tidak kira menang atau kalah yang penting kita sudah mencabar dengan penuh bergaya...
"mengelak dan melarikan diri bererti kekalahan dan kehilangan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment