4 years ago
Thursday, October 9, 2008
Mahasiswa kembali mencabar.
Sempena pilihan raya kampus yang kian menjelang ini, suara mahasiswa akan kembali melonjak-lonjak dalam memastikan kemenangan kepada pihak yang betul-betul membawa idealisme mahasiswa yang kukuh.
Walaupun tarikh pilihan raya kampus yang masih menjadi teka teki lagi di kalangan penggerak mahasiswa, namun yang pastinya persediaan yang sepatutnya telah mereka rancangkan dalam memastikan Majlis Perwakilan Pelajar hanya dianggotai oleh mereka yang berprinsipkan "dari mahasiswa untuk mahasiswa" dan bukannya menjadi kambing hitam sebelah pihak sehingga isu-isu kampus tergadai dan nasib mahasiswa terus tenggelam di bawa arus kebobrokan dalam kepimpinan..
Dan sejauh manakah mahasiswa akan terus membawa idealismenya menerobos ke masyarakat kampus dan menjadi icon untuk masyarakat kampus.
Tapi semangat dan cetusan minda yang ingin berubah dan bebas dari kepompong lama dan takut tidak bertempat harus diberi pujian kerana ianya adalah langkah awal untuk pembaharuan gerakan mahasiswa kampus ke arah yang lebih baik.
Niat perubahan itu hendaklah disertai dangan keyakinan, kesungguhan dan tindakan. Bukan hanya 'terucap di lidah sambil menghayun tangan tapi kaki dan tangan terikat.'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment