4 years ago
Sunday, October 12, 2008
Pilihanraya Kampus Kali ini Tidak diadakan Serentak!!!
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pilihanraya kampus (PRK) yang sebelum ini diadakan serentak di semua universiti. Tapi apa yang sangat mengejutkan adalah pertama sekali dalam sejarah, PRK pada kali ini tidak diadakan serentak dan dipecahkan kepada 2 fasa. Fasa pertama adalah pada 16 Oktober ini dan ianya hanya melibatkan beberapa kampus iaitu UMT,UMP, UMK dan UDM sahaja. Manakala kampus lain termasuk UTHM akan diadakan pada Januari tahun hadapan.
Berikut adalah beberapa fakta yang telah kami ringkaskan mengenai PRK :
1) KPT mengarahkan supaya nama Pilihanraya kampus kepada Pemilihan Majlis perwakilan pelajar. Tujuannya adalah untuk memastikan PRK kali ini tidak menjadi tumpuan media dan umum. Ini kerana kalimat PRK ini sebenarnya bleh dikatakan setanding dengan kalimat PRU (Pilihanraya umum). Dengan kata lain, KPT tidak mahu mahasiswa merasai PRK ini seperti PRU di luar sana dan bagi mereka cukuplah sekadar kalimat pemilihan, seperti pemilihan ketua kelas sekolah rendah..
2) KPT mahu menukarkan kalimat Mahasiswa kepada pelajar saja kerana mereka sedar kalimat mahasiswa ini boleh menimbulkan rasa terhormat yang tiggi di kalangan mahasiswa.
3) KPT telah menaburkan belanjawan yang banyak kepada jentera Aspirasi sedangkan calon dari jentera selain Aspirasi dianak tirikan.
4) KPT mengarahkan hanya HEP saja yang boleh mengluarkan poster calon. Kreativiti Mahasiswa dalam menyediakan poster calon adalah dilarang. Cukuplah sekadar poster A4 dari HEP. Bukankah perkara ini membantutkan kreativiti Mahasiswa dan kata lain mahasiswa harus disuap sahaja...
5) KPT juga mengarahkan supaya calon yang bukan bertanding atas tiket Aspirasi tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana mereka takut perkara ini boleh menimbulkan kekuatan dikalangan mahasiswa yang mempunyai idealisme yg sama.
Terlalu banyak sekatan yang mereka buat bagi mengelakkan kekalahan secara besar-besaran dan serentak di pihak Aspirasi yang sememangnya menjadi kambing hitam HEP dan KPT yang ditunjangi pihak tertentu.
Sumber : Taktik jahat KPT kendali PRK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment