Wednesday, July 30, 2008

ni la salah satu sebab kenapa aku nak baling telor temblang kat student yang ngah bercouple..

Pelajar IPT ditahan kes buang bayi

IPOH: Polis menahan seorang pelajar wanita berumur 18 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi baru lahir di di dalam bilik asrama sebuah universiti di Tronoh dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC II Ismail Yatim berkata mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja wanita yang membersihkan bilik asrama berkenaan pada jam 7 pagi.

Beliau berkata polis dimaklumkan mengenainya lalu mengambil mayat bayi yang masih bertali pusat itu, dan menghantarnya ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

Menurutnya, pelajar yang tinggal asrama berkenaan ditahan pada jam 12 tengah hari semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

sumber daripada : Harian Metro (31 Julai 2008)

Zaman ini zaman Fitnah


Kita umat islam akhir zaman ini adalah hidup di zaman fitnah. Pihak musuh akan cuba sedaya upaya menyerang kita dengan berbagai-bagai fitnah kerana mereka sudah ketandusan hujah. Dan ingatlah wahai pejuang, fitnah yang terbesar adalah fitnah Dajjal. Sebelum datangnya fitnah Dajjal itu ia akan didahului dengan fitnah-fitnah kecil untuk menyesatkan manusia. Semoga Allah merahmati kita semua..Kepada para pejuang, teruskanlah semarakkan api perjuangan, sambunglah rantai perjuangan ini kerana ianya tak kan putus dan jadilah kita sebagai orang-orang yang beruntung..

Tuesday, July 29, 2008

Berani Berubah!!!


Sememangnya perubahan merupakan satu perkara yg kadang2 kita takut untuk melakukannya. Mungkin kerana kita takut perubahan itu akan memakan diri sendiri ataupun perubahan itu mendatangkan perkara yang lebih buruk.
Ape pun hidup ini perlu berlakunya perubahan. Samada baik ataupun buruk perubahan itu adalah bergantung bagaimana kita mencorakkannya. Pokoknya, keyakinan dan keberanian kita untuk merentasi halangan dalam melakukan perubahan kpd suatu yg lebih baik perlu dijelaskan.

"melarikan diri dari menghadapi kenyataan adalah seumpama mengalah dan kehilangan..

adush...jariku dibedah..


Salam perjuangan..agak lame aku x update blog ni, bukan disebabkan sibuk tapi kerana x dapat menguruskan masa dengan baik. Banyak perkara2 @ tugas2 yang timbul mendadak baru2 ni..tambahan pula jariku yang cedera tapi x parah la. kelmarin, daging @ sel mati di jari ku yg wujud 2 minggu yg lepas telah dikerat di PKU, parit raja. Alhamdulillah, skrang ni ngah proses nak sembuh..x sabar rasenya nak bertempur sepenuh hati dan sedaya mungkin lepas ni..Allahurabbuna..

Friday, July 25, 2008

Bonda yang keseorangan menanti kepulangan anaknya..

Dalam kedingan pagi yang sepi, sebelum kaki melangkah ke medan dakwah, aku terima satu panggilan. kebiasaannya aku mendapat panggilan sahabat2 ataupun rakan2 kelab ataupun pihak pentadbiran untuk membincangkan gerak kerja, tapi pada pagi panggilan itu datangnya dari bundaku yang tersayang. walaupun dalam keadaan keletihan, tapi aku cuba menjawab panggilannya dgan nada yang mesra dan ceria.Ini kerana aku sedar bahawa sudah lama aku tidak menelefon bertanya kabar kepadanya, apatah lagi pulang ke rumah walaupun jarak rumahku dangan kampus hanya lebih rurang 80 km sahaja. Perbualan kami bermula dgn soklan2..."arip x balik ke? bile cuti? izzah selalu balik ni kalo cuti minggu..." Namun apa yang mampu aku jawab adalah "x sempat la mak nak balik, tggu cuti lama sikit la.." walaupu aku tahu walaupun tiba musim cuti seminggu, belum tentu aku dapat mengotakan kata2 itu. Ini kerana banyak lagi tugas dan tanggungjawab di kampus yang perlu aku selesaikan. Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, aku perlu menumpukan lebih kepada akedemik, sebagai seorang ketua sebuah organisasi, masa cuti minggu aku juga mungkin kadang-kala terkorban tambahan lagi bila ada program. Dan sebagai seorang yang meletakkan dirinya dalam perjuangan, memang banyak yang akan terkorban dalm mencari matlamat yang satu.
Namun mungkin juga kelemahan pengurusan masaku sehigga aku tidak dapat luangkan masa untuk pulang ke rumah...seperti kata2 dalam surah Al-Asr, ...Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian...Namun aku perlu tabahkan hati dan cuba memobilisasikan diri ini ke tahap optimum agar aku dapat jadi insan yang berguna sama ada untuk diri sendiri, sahabat2, keluarga, mesyarakat, organisasi dan juga perjuangan suci ini..Hanya kepada Allah aku berserah...

Kepadamu kekasih, aku berserah..
kerana kutahu,
Kau lebih mengerti,
Apa yg terukir di cermin,
Wajah kuini..
apa yg tersirat di hati bersama amali...

Tuesday, July 22, 2008

Suatu petang di Warung makan..


lebih kurang jam 6.40 patang aku menuju ke warung makan berhadapan dengan rumah sewaku untuk makan malam. Setelah memberi order makanan aku pun melabuhkan punggungku ke kerusi meja makan yg tersedia di warung tersebut. tibe2..seorang pak cik @ brader yg agak beruban tapi rugged menegurku..

brader : dari mane bang?
aku : dari depan sane bang. (sambil menunjukkan arah rumahku)
brader : bla..bla...
aku : bla..bla..
.
.
.

Antara topik perbualan kami adalah brader tu banyak menceritakan tentang kehidupan di alam pekerjaan, mentaliti orang kampung, drama melayu yang menyampah, perbezaan antara teori dan praktikel dalam bidang kejuruteraan elektrik dan lain2 lagi..

Selain itu, banyak juga perkara tentang aku diceritakan kepadanya termasuklah bil adik-beradik, aku anak yg ke berape,dan di felda aku dok di peringkat brape...

Boleh dikatakan sesi takruf la...

Perbualan kami bermula sebelum order aku siap sampai la aku dah kekenyangan tapi hanya 2 perkara sahaja tentang brader tu yg aku tahu...

Yang pertama di tinggal di Parit Darat berdekatan dgan Sek Men Agama Parit Raja...
Yg kedua pula....lihat dialog di bawah..

Di akhir perbualan sebelum berpisah..

Brader : ok bang, balik dulu..
aku : okey..
Brader : awak sape nama? (sambil menghulurkan tangan utk berjabat)
aku : Arip...(sambil berjabat tangan)
Brader : oohh saya Sarip...(sambil tersenyum)...

catitan : walaupun brader ni memakai gelang tangan yang sememangnya dilarang
dalam Islam, tetapi apa yang bagus tentang brader ni adalah die seorang yg
peramah dan tulus dalam pergaulan...

Monday, July 21, 2008

Korbankan Castle untuk dapatkan Queen..



Sudah acap kali kita mendengar daripada pelbagai pihak yg mengatakan bahawa pemimpin yg baik adalah pemimpin yg memandang jauh ke hadapan.Ini juga boleh dikatakan bahawa pemimpin itu akan memikirkan perkara yang akan berlaku dalam lingkungan masa yg tertentu sebelum membuat sesuatu perkara ataupun keputusan.
Seperti juga permainan catur, selain daripada bijak mengatur strategi, para pemain catur juga akan memikirkan 2,3 langkah ke hadapan sebelum menggerakkan buah caturnya.
Kebolehan pemain dalam bijak membaca gerak geri lawan juga dapat menjanjikan kemenangan kepadanya. Dalam permainan ini juga, akan berlaku di mana sesuatu buah catur akan dikorbankan untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Contohnya pemain itu akan mengorbankan castlenya untuk mengumpan pihak lawan supaya termakan jerat yg dibuat olehnya dgn tujuan untuk 'memakan' Queen pihak lawan. Mungkin cara ini sering digunakan dalam sistem politik tanah air kita...ye ke?..aku pun x pasti..Pandai2 lah anda nilainya sendiri ye..
Dengan kata lain, banyak idea yang boleh kita rungkaikan dalam permainan yang penuh tipu daya ini. Dan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, sesungguhnya peperangan itu merupakan satu tipu daya. Jadi persoalannya, bolehkah kita menipu pihak lawan semasa peperangan??..mari sama2 kita merungkai persoalan ini..

Thursday, July 17, 2008

Konsert Inul Daratista di JB DIBATALKAN!!!


Alhamdulillah, akhirnya konsert Inul goyang gerudi yang dijadualkan berlangsung pada 19 julai ini telah pun dibatalkan. Saya selaku rakyat Johor mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kpd kerajaan negeri Johor kerana membuat keputusan sebegini.

Juga saya ucapkan tahniah kepada pemuda-pemuda Johor yg berani menyuarakan bantahan terhadap penganjuran konsert goyang gerudi itu yang mana kita sendiri tahu bahawa terdapat elemen2 lucah dalam persembahan Inul ataupun Goyang gerudi tersebut.

DSAI bebas...apa lagi selepas ini???


Alhamdulillah, berkat doa2 rakyat Malaysia sekalian, DSAI telah pun dibebaskan pagi tadi atas jaminan pihak polis. Beliau juga telah pulang ke rumahnya di Segambut.
Tapi adakah ini menandakan bahawa DSAI dan para penyokongnya boleh berasa selesa??..
Apakah yang akan berlaku selepas ini??..Apakah lagi ujian2 yang akan Allah berikan kpd DSAI selepas ini??...Apa yang pasti, sesuatu perubahan besar dalam sistem pentadbiran negara kita pasti akan berlaku berdasarkan tanda2 dan peristiwa2 yang berlaku akhir2 ini dalam arena politik tanah air kita ini..Semoga Allah selamatkan Malaysia dan rakyatnya..

Wednesday, July 16, 2008

Adakah Reformasi 98 akan bergema kembali??!!

Alhamdulillah, akhirnya debat antara DSAI dan juga Sabri chik (menteri penerangan malaysia) yang membincangkan isu mekanisme penurunan harga minyak di Malaysia telah pun berjalan lancar dan juga disiarkan di kaca televisyen untuk tontonan umum pada malam semalam (15 julai, jam 9 mlm di TV9).
Secara ringkasnya dapat kita lihat bahawa DSAI dapat menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan memberikan hujah2 yang hebat manakala menteri penerangan malaysia pula hujahnya lebih kepada serangan yg berbentuk peribadi kpd DSAI.
Namun begitu, DSAI mengambil tindakan bijak dengan tidak membalas kembali dan mengatakan bahawa ini bukan ruangnya untuk berdebat tentang hal2 peribadi dan sekali lagi menjelaskan bahawa beliau ingin menggunakan sebaik mungkin masa yg ade dalam perdebatan itu untuk menjelaskan tentang isu harga minyak kpd rakyat.



Tapi, pada tengahari tadi saudara DSAI telah ditahan polis berdekatan dengan rumahnya.Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Dalam sesi penahanan tersebut, DSAI katanya ditahan secara kasar dan penahanan seperti itu tidak boleh berlaku kerana DSAI telah mengatakan yang beliau akan ke sana (balai polis) sebelum pukul 2 petang dan masa yang diberikan pihak polis itu  pun masih belum tamat lagi.

Jadi, berdasarkan kejadian, ia seakan-akan peristiwa DSAI pada tahun 1998 dahulu. Mari kita berfikir sejenak adakah Reformasi 98 akan bergema kembali???

Selanjutnya : http://kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=778

Tuesday, July 15, 2008

Mekanisme penurunan harga Minyak Malaysia.

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.

Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!


sumber : Harapan Baru Malaysia DSAI.  http://anwaribrahimblog.com/

Monday, July 14, 2008

Dakwah dalam media hiburan.



VOTE FOR AZHAN
Taip AN AZHAN dan hantar ke 33399




 

Satu perkara yang perlu diperangi..

Monday, July 7, 2008

keselesaan dalam perjuangan mengundang kesilapan..

Selepas lebih kurang 2 minggu saya memberi tumpuan untuk Minggu Haluan siswa kemasukan siswa-siswi baru sesi 2008/2009 ke kampus saya, akhirnya dapat juga saya menguruskan hal peribadi yang sudah sekian lama tertangguh. Dan semasa minggu haluan siswa tersebut, dapat juga sy berkenalan dgn beberapa orang sahabat baru yg rata-ratanya datang dari sabah, johor dan kedah. InsyaAllah sy akan gunakan peluang yg Allah kurniakan ini untuk lebih rapat dengan mereka dan seterusnya membawa mereka ke medan mehnah dan tribulasi ini nanti.

Namun dalam tujuan yg murni ini, sy perlu sentiasa mengingatkan diri saya bahawa jangan terlalu lalai dan leka dalam perjuangan kerana dua perkara ini boleh mengundang kesilapan dalam perbuatan, kelalaian dalam kelemahan, kekalahan dalam perjuangan dan juga fitnah kepada pendirian.

Dalam suatu peristiwa berdekatan dgn Bandaraya Kuala Lumpur semalam (6 julai 2008), saya mengambil iktibar bahawa keselesaan dalam perjuangan boleh membawa kesilapan. Saya juga bependapat bahawa keselesaan inilah yang akan mewujudkan perasaan lalai dan leka dalam perjuangan. Dalam peristiwa tersebut, oleh kerana tiada halangan-halangan yang mencabar dan tidak ada sebarang perkara yang boleh mewujudkan semangat penentangan kpd kezaliman, akhirnya ianya mengundang kesilapan yang memalukan dan ini telah membuka ruang-ruang kepada pihak musuh untuk mencelah menabur fitnah-fitnah jijik mereka.

Di samping kecewa dan hampa dengan peristiwa tersebut, saya dapat melihat membayangkan betapa sedih, geram dan hampanya ibu-ibu dan bapak-bapak yg kebanyakkanya datang dari seluruh pelusuk negara, berjalan meninggalkan kawasan tempat peristiwa itu berlaku.

Tapi, Alhamdulillah ada pihak yang berjaya memulihkan semula keadaan di sana dan ianya diteruskan dengan agenda-agenda yang lebih membawa kepada matlamat asal perjuangan mereka.

Akhir kata dari saya, sesungguhnya Allah menguji hamba-hambanya dengan kesenangan dan juga kesusahan tetapi ujian kesenangan adalah lebih membawa kepada penelitian yang mendalam terhadap apa yang ada di sebaliknya. Wallahua'lam. Salam Perjuangan dari Mujahid muda.

Thursday, July 3, 2008

satu arah...sejuta suara..


Alhamdulillah...dengan izin Allah taala, setelah melalui satu syura, akhirnya aktiviti konsert yg ingin diadakan pada 6.7.2008 nanti telah pun dibatalkan. Hanya beberapa aktiviti seperti pentomen, sajak dan tarian singa sahaja yg akan diadakan sebagai aktiviti salingan.

Medan Tarbiyyah utk Pejuang di Bulan Rejab Syahrullah..


Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

- sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
-Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
-Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,yang menghalangkan dia   keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
-Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dandaripada penyakit yang besar-   besar dan daripada fitnah Dajal dihari kiamat.
-Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
-Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
-Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintuneraka.
-Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintusyurga.
-Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,MENGUCAP DUA KALIMAH  SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
-Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparanperhentian di Titi  -  Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di harikiamat.
-Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajahAllah di dalam syurga dan orang  yang pertama menziarahi Allahdi dalam syurga.
-Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuahmahligai di hadapan mahligai Nabi  Allah Ibrahim a.s dan NabiAllah Adam a.s.
-Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah  beramal barang yang tinggi daripadaumurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
-Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
-Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
-Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atassegala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
-Diampunkan dosanya yang lalu.
-Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
-Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekahtiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya dengan seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejabseperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allahdaripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allahjadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin padabulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalamsyurga Firdaus.

Siapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf(ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulanRejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
sumber : http://www.muslimdiary.com/readarticle.php?article_id=140

Selamat datang Ke Daerah berwarna Merah!!!


Salam...entah kenapa baru2 ni kuda tunggangan perjuanganku asyik kehausan dan dahagakan air yg kini amat tinggi nilainya...x sampai sepurnama perjalanan pun sudah kena isi tangki yg kekeringan...dengan nilainya yg mahal, di samping kos sara hidup yg agak tinggi, perkara ini membuat diri ini amat tertekan...

wahai orang kampung sekalian, tidakkah engkau menerima nasib yg sama seperti ku..jika kamu semua disisiku, marilah kita sama-sama bangkit menentang kezaliman...Bangkit, Bangkit!! Bangkit Rakyat!!!