4 years ago
Tuesday, July 22, 2008
Suatu petang di Warung makan..
lebih kurang jam 6.40 patang aku menuju ke warung makan berhadapan dengan rumah sewaku untuk makan malam. Setelah memberi order makanan aku pun melabuhkan punggungku ke kerusi meja makan yg tersedia di warung tersebut. tibe2..seorang pak cik @ brader yg agak beruban tapi rugged menegurku..
brader : dari mane bang?
aku : dari depan sane bang. (sambil menunjukkan arah rumahku)
brader : bla..bla...
aku : bla..bla..
.
.
.
Antara topik perbualan kami adalah brader tu banyak menceritakan tentang kehidupan di alam pekerjaan, mentaliti orang kampung, drama melayu yang menyampah, perbezaan antara teori dan praktikel dalam bidang kejuruteraan elektrik dan lain2 lagi..
Selain itu, banyak juga perkara tentang aku diceritakan kepadanya termasuklah bil adik-beradik, aku anak yg ke berape,dan di felda aku dok di peringkat brape...
Boleh dikatakan sesi takruf la...
Perbualan kami bermula sebelum order aku siap sampai la aku dah kekenyangan tapi hanya 2 perkara sahaja tentang brader tu yg aku tahu...
Yang pertama di tinggal di Parit Darat berdekatan dgan Sek Men Agama Parit Raja...
Yg kedua pula....lihat dialog di bawah..
Di akhir perbualan sebelum berpisah..
Brader : ok bang, balik dulu..
aku : okey..
Brader : awak sape nama? (sambil menghulurkan tangan utk berjabat)
aku : Arip...(sambil berjabat tangan)
Brader : oohh saya Sarip...(sambil tersenyum)...
catitan : walaupun brader ni memakai gelang tangan yang sememangnya dilarang
dalam Islam, tetapi apa yang bagus tentang brader ni adalah die seorang yg
peramah dan tulus dalam pergaulan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam.. mr arif.. bagus jadi penduduk yang peramah.. dan memang sepatutnya anda harus begitu.. tak ada salahnya. namun dalam keramahan kita mungkin ada beberapa perkara yang perlu kita ambil berat.. Siput Belitung mungkin ada dimana2.. memandangkan blog anda yang begitu menarik.. dan diri nada juga sangat menarik.. anda mungkin perlu meletakkan beberapa langkah berjaga yang relevan untuk diri anda dan KELUARGA ANDA, serta rumah sewa anda.... maaf jika saya tersalah tafsir..
mase tu aku da dpt detect die tu macam siput....
time tu pun aku banyak berdalih supaya die x dpt masuk crite..
tq untuk peringatan.
sape ni eh?
salam ukhwah dan salam ziarah..
Peramah itu bagus..kadang2 percakapan itu ada daya tarikan apabila melihat penampilan..harusnya begitu, tambahan melibatkan masalah syariat..
Post a Comment