Dalam kedingan pagi yang sepi, sebelum kaki melangkah ke medan dakwah, aku terima satu panggilan. kebiasaannya aku mendapat panggilan sahabat2 ataupun rakan2 kelab ataupun pihak pentadbiran untuk membincangkan gerak kerja, tapi pada pagi panggilan itu datangnya dari bundaku yang tersayang. walaupun dalam keadaan keletihan, tapi aku cuba menjawab panggilannya dgan nada yang mesra dan ceria.Ini kerana aku sedar bahawa sudah lama aku tidak menelefon bertanya kabar kepadanya, apatah lagi pulang ke rumah walaupun jarak rumahku dangan kampus hanya lebih rurang 80 km sahaja. Perbualan kami bermula dgn soklan2..."arip x balik ke? bile cuti? izzah selalu balik ni kalo cuti minggu..." Namun apa yang mampu aku jawab adalah "x sempat la mak nak balik, tggu cuti lama sikit la.." walaupu aku tahu walaupun tiba musim cuti seminggu, belum tentu aku dapat mengotakan kata2 itu. Ini kerana banyak lagi tugas dan tanggungjawab di kampus yang perlu aku selesaikan. Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, aku perlu menumpukan lebih kepada akedemik, sebagai seorang ketua sebuah organisasi, masa cuti minggu aku juga mungkin kadang-kala terkorban tambahan lagi bila ada program. Dan sebagai seorang yang meletakkan dirinya dalam perjuangan, memang banyak yang akan terkorban dalm mencari matlamat yang satu.
Namun mungkin juga kelemahan pengurusan masaku sehigga aku tidak dapat luangkan masa untuk pulang ke rumah...seperti kata2 dalam surah Al-Asr, ...Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian...Namun aku perlu tabahkan hati dan cuba memobilisasikan diri ini ke tahap optimum agar aku dapat jadi insan yang berguna sama ada untuk diri sendiri, sahabat2, keluarga, mesyarakat, organisasi dan juga perjuangan suci ini..Hanya kepada Allah aku berserah...
Kepadamu kekasih, aku berserah..
kerana kutahu,
Kau lebih mengerti,
Apa yg terukir di cermin,
Wajah kuini..
apa yg tersirat di hati bersama amali...
4 years ago
No comments:
Post a Comment