Selepas lebih kurang 2 minggu saya memberi tumpuan untuk Minggu Haluan siswa kemasukan siswa-siswi baru sesi 2008/2009 ke kampus saya, akhirnya dapat juga saya menguruskan hal peribadi yang sudah sekian lama tertangguh. Dan semasa minggu haluan siswa tersebut, dapat juga sy berkenalan dgn beberapa orang sahabat baru yg rata-ratanya datang dari sabah, johor dan kedah. InsyaAllah sy akan gunakan peluang yg Allah kurniakan ini untuk lebih rapat dengan mereka dan seterusnya membawa mereka ke medan mehnah dan tribulasi ini nanti.
Namun dalam tujuan yg murni ini, sy perlu sentiasa mengingatkan diri saya bahawa jangan terlalu lalai dan leka dalam perjuangan kerana dua perkara ini boleh mengundang kesilapan dalam perbuatan, kelalaian dalam kelemahan, kekalahan dalam perjuangan dan juga fitnah kepada pendirian.
Dalam suatu peristiwa berdekatan dgn Bandaraya Kuala Lumpur semalam (6 julai 2008), saya mengambil iktibar bahawa keselesaan dalam perjuangan boleh membawa kesilapan. Saya juga bependapat bahawa keselesaan inilah yang akan mewujudkan perasaan lalai dan leka dalam perjuangan. Dalam peristiwa tersebut, oleh kerana tiada halangan-halangan yang mencabar dan tidak ada sebarang perkara yang boleh mewujudkan semangat penentangan kpd kezaliman, akhirnya ianya mengundang kesilapan yang memalukan dan ini telah membuka ruang-ruang kepada pihak musuh untuk mencelah menabur fitnah-fitnah jijik mereka.
Di samping kecewa dan hampa dengan peristiwa tersebut, saya dapat melihat membayangkan betapa sedih, geram dan hampanya ibu-ibu dan bapak-bapak yg kebanyakkanya datang dari seluruh pelusuk negara, berjalan meninggalkan kawasan tempat peristiwa itu berlaku.
Tapi, Alhamdulillah ada pihak yang berjaya memulihkan semula keadaan di sana dan ianya diteruskan dengan agenda-agenda yang lebih membawa kepada matlamat asal perjuangan mereka.
Akhir kata dari saya, sesungguhnya Allah menguji hamba-hambanya dengan kesenangan dan juga kesusahan tetapi ujian kesenangan adalah lebih membawa kepada penelitian yang mendalam terhadap apa yang ada di sebaliknya. Wallahua'lam. Salam Perjuangan dari Mujahid muda.
4 years ago
No comments:
Post a Comment