Secara ringkasnya dapat kita lihat bahawa DSAI dapat menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan memberikan hujah2 yang hebat manakala menteri penerangan malaysia pula hujahnya lebih kepada serangan yg berbentuk peribadi kpd DSAI.
Namun begitu, DSAI mengambil tindakan bijak dengan tidak membalas kembali dan mengatakan bahawa ini bukan ruangnya untuk berdebat tentang hal2 peribadi dan sekali lagi menjelaskan bahawa beliau ingin menggunakan sebaik mungkin masa yg ade dalam perdebatan itu untuk menjelaskan tentang isu harga minyak kpd rakyat.
Tapi, pada tengahari tadi saudara DSAI telah ditahan polis berdekatan dengan rumahnya.Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Dalam sesi penahanan tersebut, DSAI katanya ditahan secara kasar dan penahanan seperti itu tidak boleh berlaku kerana DSAI telah mengatakan yang beliau akan ke sana (balai polis) sebelum pukul 2 petang dan masa yang diberikan pihak polis itu pun masih belum tamat lagi.
Jadi, berdasarkan kejadian, ia seakan-akan peristiwa DSAI pada tahun 1998 dahulu. Mari kita berfikir sejenak adakah Reformasi 98 akan bergema kembali???
Selanjutnya : http://kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=778
No comments:
Post a Comment