4 years ago
Monday, July 21, 2008
Korbankan Castle untuk dapatkan Queen..
Sudah acap kali kita mendengar daripada pelbagai pihak yg mengatakan bahawa pemimpin yg baik adalah pemimpin yg memandang jauh ke hadapan.Ini juga boleh dikatakan bahawa pemimpin itu akan memikirkan perkara yang akan berlaku dalam lingkungan masa yg tertentu sebelum membuat sesuatu perkara ataupun keputusan.
Seperti juga permainan catur, selain daripada bijak mengatur strategi, para pemain catur juga akan memikirkan 2,3 langkah ke hadapan sebelum menggerakkan buah caturnya.
Kebolehan pemain dalam bijak membaca gerak geri lawan juga dapat menjanjikan kemenangan kepadanya. Dalam permainan ini juga, akan berlaku di mana sesuatu buah catur akan dikorbankan untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Contohnya pemain itu akan mengorbankan castlenya untuk mengumpan pihak lawan supaya termakan jerat yg dibuat olehnya dgn tujuan untuk 'memakan' Queen pihak lawan. Mungkin cara ini sering digunakan dalam sistem politik tanah air kita...ye ke?..aku pun x pasti..Pandai2 lah anda nilainya sendiri ye..
Dengan kata lain, banyak idea yang boleh kita rungkaikan dalam permainan yang penuh tipu daya ini. Dan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, sesungguhnya peperangan itu merupakan satu tipu daya. Jadi persoalannya, bolehkah kita menipu pihak lawan semasa peperangan??..mari sama2 kita merungkai persoalan ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment