Monday, October 5, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Bayu Yang Rela (part 2)
Seakan bisikan angin pantai…
Mengatakan yang aku merindukan desiran ombak…
Nyamannya udara..
sesungguhnya ketenangan ada di situ..
Ingin aku selami..
Sebuah jiwa yang suci murni..
Lahir sejak azali..
Sambil mengutip butir-butir siput
Di pantai…
Dan dia tersenyum manis..
Bilamana si ombak menghempas pantai..
Angin bayu yang indah..
Ketenangan kurniaan Tuhan..
Kebahagiaan selepas kesedihan..
Dan saat itu aku berdoa..
dan terus berdoa..
Agar bahagia itu sentiasa ada..
dan terus bercambah..
Pada jiwa-jiwa yang terindah..
pada hati-hati yang penuh resah..
pada cerita yang penuh kisah..
Wahai bayu yang rela..
kekalkan lah sejuk angin mu..
walau hangat terik mentari menerpamu..
walau ribut melandamu..
walau kotoran mencemar mu..
kau takkan rebah..
dan kau takkan tewas..
tapi kau kan terus tabah..
Biar sampai kapan pun..
Aku tiada lagi di persisir pantaimu..
dan kemudian aku timbul dari lautanmu..
dalam menunggu kedamaian..
yang tersemat murni pada..
tiupan sejuk angin mu..
Wahai bayu yang indah..
Sesungguhnya kau redha..
Dengan ketentuanNya..
Sepertimana kerelaan yang tersemat pada namamu..
Bayu yang rela...
Wednesday, September 2, 2009
Warkah untuk Kekasih
Hanya Kau aku ingin..
Kata-kata cintaku hanya untukMu..
Terimalah cintaku..
Ya tuhan..
Terimalah aku yang serba kekurangan..
Janganlah Kau tolak cintaku ya Tuhan..
Aku tiada sesiapa selain Mu..
Aku ingin berkasih padaMu..
Aku celaru tanpa rasa kasihMu..
Bagaimana aku bisa hidup tanpa kasihMu...
Tiadalah kewarasan bila fikiranku tiada Kau..
Masuklah dalam fikiranku..
Bantuku untuk mengawalnya..
Agar sentiasa mengingatiMu..
Ya tuhan...Kekasih sekalian alam..
Ya Tuhan..
Tolong..
Tolong jangan..ya Tuhan..
Jangan tolak cintaku..
Jangan tepis rayuanku..
Jangan abaikan kasihku..
Jangan sisihkan aku..
Jangan renggang dariku..
Jangan beri kata putus padaku..
Jangan lupakanku..
Jangan biarkanku..
Jangan sia-siakanku..
Jangan letak aku dalam kesesatan...
Jangan...jangan..
Jangan ya Tuhan..
Kumohon padaMu
Ya Tuhan..
Sesungguhnya kutahu..
Aku amat hina..
Aku amat kotor..
Aku amat celaka...
Aku penuh dosa..
Dan kutahu aku tak layak menerima cintaMu..kasihMu..
Namun ya tuhan..
Berilah aku ruang..
Dalam mencari redhaMu..cintaMu..kasihMu..
Biar sampai kapan pun..
Aku sentiasa mengharap..
padaMu ya Tuhan..
bantulah daku..
pimpinlah daku..
ampunilah daku..
rahmatilah daku..
kasih dan sayanglah daku…
Ya tuhan
Ya Rabbal Alamiin..
Thursday, August 20, 2009
Monday, August 17, 2009
Salam Perjuangan..
Assalaamualaikum w.b.t wahai pejuang..
Malam ini aku ingin karang satu kata-kata untuk kalian...
Ia mengenai kenangan kita di sana...
Aku tak mengenalimu dan kau pun begitu juga aku rasa..
Namun... aku yakin kita saling mengasihi...
Kerana mungkin kita membaca doa yang sama...
Mungkin kita bermatlamat yang sama...
Mungkin kita mendendangkan lagu yang sama...
Kita juga pernah menghentakkan kaki pada masa yang sama...
Berteriak laungan yang sama...waktu juga tiada beda...
Walau banyak sebenarnya perbezaan antara kita..
Dan kita seakan tiada persamaan..mungkin langsung tiada..
Kerana kau hitam, aku putih..
Kau kuat , aku lemah..
Kau nampak hitam tapi sebnarnya kau putih..
Sedangkan aku nampak putih tapi sebenarnya aku hitam..
Namun sekali lagi aku yakin..
Yang kita ini adalah sama..
Wahai kalian yang mendendangkan lagu itu..
Aku tidak tahu tentang namamu...juga asal kamu..
Adapun aku hanya bertanya secebis..
Aku hanya mengenali kamu dari sebuah persalaman..
Aku rasa kasarnya kulit telapak tanganmu..
Dan ketika berjabat..
Kau jabat tanganku..
Dan kemudian menggenggam erat tangan halusku..
Sambil itu kau angguk senyum keyakinan padaku..
Dan dari situ aku tahu..
Erti sebuah perjuangan..
Hanya dari sebuah persalaman..
Monday, July 27, 2009
Pro-ISA vs Anti-ISA
Himpunan rakyat mohon Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA,GMI ini akan disertai lebih kurang 83 buah pertubuhan badan bukan politik, NGO dan Pemuda Gerakan (parti komponen BN) juga akan turut serta.
Namun, Majlis Gabungan Ngo Pembela Negara, MAGARAN pula juga ingin menganjurkan demonstrasi mempertahankan ISA pada tarikh, tempat dan masa yang sama. Mereka yang disertai 10 NGO Melayu yang mana salah satunya adalah Persatuan Silat Seni Lincah, mendesak GMI supaya membatalkan demonstrasi tersebut, jika tidak mereka juga akan berdemo menentang GMI. Adakah mereka ingin mencetuskan pertempuran gergasi antara dua pihak??
Berikut kenyataan dari MAGARAN....
entah pape je kan??..GMI sudah putuskan sebulan lebih awal dari MAGARAN untuk berhimpun pada 1 Ogos..knapelah x pilih tarikh lain??..memang saje nak cari pasai..bengong..kalau nak berhimpun pun, buat je la ...ada aku kisah??..
Isu pembubaran Kelab Iqra UTHM - Kelab Damai sebagai pengganti?
Di peringkat Promahasiswa UTHM, seharusnya kelab yang terbabit dan pihak pengurusan universiti mencari jalan terbaik dalam mengatasi perkara ini. Selain itu, promahasiswa UTHM beranggapan bahawa Kelab Iqra juga telah memainkan peranannya dalam membawa agenda pembentukan sahsiah dan akhlak islamiah terhadap golongan mahasiswa khususnya. Tambahan pula kebanyakan ahli-ahli kelab Iqra telah menggerakkan program berbentuk kerohanian dan kebajikan di surau-surau kolej Kediaman.
Walaubagaimanapun, mungkinkah ini hanya kebetulan apabila di Peringkat IPTA telah melancarkan Kelab DAMAI IPTA pada majlis penutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam di UiTM, Shah Alam.
"Saya ingin melihat kepemimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur supaya pemikiran mahasiswa akan terus menjadi input besar kepada kejayaan negara," katanya ketika menutup Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipimpin pengerusi baru, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
www.bharian.com.my
sedikit info berkaitan Kelab DAMAI IPTA
Berikut adalah sasaran 20 Kelab DAMAI di IPTA:
- Kelab DAMAI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Kelab DAMAI Universiti Malaya (UM)
- Kelab DAMAI UiTM
- Kelab DAMAI Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
- Kelab DAMAI UIAM
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Kelab DAMAI Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Kelab DAMAI Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kelab DAMAI Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Kelab DAMAI Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Kelab DAMAI Universiti Sains Malaysia (USM)
- Kelab DAMAI Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem)
- Kelab DAMAI Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Kelab DAMAI Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Kelab DAMAI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Kelab DAMAI Universiti Utara Malaysia (UUM)
persoalannya adakah akan wujud KELAB DAMAI di UTHM yang akan menggantikan peranan yang di mainkan oleh Kelab Iqra selama ini?Siapakah presiden pertama Kelab DAMAI UTHM itu nanti?
Suber : Pro Mahasiswa UTHM
Thursday, July 23, 2009
Syaaban - Bulan Memperbaiki Diri
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”
Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
- Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
3. Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
Tuesday, July 21, 2009
Gerhana Matahari Esok!
Didalam surah Al Fussilat: 37, ALLAH berfirmaN, "Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah kamu pula kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada ALLAH yang menciptakannya...".
Dan Rasulullah bersabda, "bahawa matahari dan bulan itu tanda daripada segala tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan ALLAH. Berlaku gerhana (bulan & matahari) bukan kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya. Maka apabila kamu lihat perkara itu (yakni gerhana), hendaklah kamu sembahyang dan berada sehingga hilang gerhana".
Ringkasan kaifiyat (cara) mengerjakan solat sunat gerhana (bulan atau matahari) adalah saperti berikut:
Roka'at Pertama:
1. Niat;
2. Takbirrotul ihram;
3. Baca Al Fatihah;
4. Baca suatu surah yang panjang (Nabi membaca sepanjang surah Al Baqarah!);
5. Ruku' serta bertasbih biasa;
6. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
7. Berdiri qiyyam (iaitu tegak);
8. Baca Al Fatihah;
9. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah pertama tadi);
10. Ruku' serta bertasbih biasa;
11. I'tidal iaitu naik untuk qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
12. Tasbih "robbana walakal hamd";
13. Terus sujud berserta tasbih biasa;
14. Duduk diantara dua sujud serta bertasbih biasa;
15. Sujud serta bertasbih biasa;
16. Naik qiyyam untuk roka'at kedua.
Roka'at Kedua:
1. Baca Al Fatihah;
2. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah kedua tadi);
3. Ruku' serta bertasbih biasa;
4. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
5. Baca Al Fatihah;
6. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah ketiga tadi);
7. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
8. Tasbih "robbana walakal hamd";
9. Terus sujud berserta bertasbih biasa;
10. Duduk di antara dua sujud serta bertasbih biasa;
11. Sujud berserta bertasbih biasa;
12. Tahhiyyat akhir;
13. Salam.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk keluar, saudara/i boleh melihat peristiwa ini secara langsung ("live") dengan melayari laman berikut pada waktu yang disebut tadi (0823-0948hrs):
www.live-eclipse.org; atau
www.eclipse-tv.com.
Selamat bergerhana matahari.
Wassalam.
Sumber : The Riding MP
Monday, July 20, 2009
Seksaan Wanita Yg Membuat Rasulullah Menangis.
1. Diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dgn otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
2. RasululLah nampak perempuan yang digantung dengan lidahnya dgn tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
3. Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
4. Ada pula perempuan diseksa dengan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
5. Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
6. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
7. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
8. Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
* Point yang diterangkan itu adalah yang selalu kita nampakkan?..Jadi berilah mereka nasihat dan bimbinglah mereka dengan cara yang terbaik.
Wassalam
Selamat Menyambut Ulangtahun Peristiwa Isra' & Mikraj
Semoga Allah SWT tetapkan Iman dan Jaga Solat kita.
Sunday, July 19, 2009
JUMPA EHUD BARAK :ZAHID BIADAB DENGAN UMAT ISLAM
Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang. Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.
Sumber : Ust Idris Ahmad
Friday, July 17, 2009
Suatu pembelaan..
adik perempuan anda dipukul oleh teman lelakinya yang tidak suka dgn perubahan adik anda untuk menutup aurat...sesungguhnya adik anda itu ingin sangat berpisah dgn lelaki itu kerana cintanya pd Allah dan Rasulullah..
kemudian adik anda ditarik tudungnya hingga ternampak mahkota yang adik anda sangat ingin memlihara kehormatannya....adik anda ingin balik memakai tudung berkenaan namun dia makin kuat dipukul dan lelaki berkenaan merampas tudung itu lalu mengoyakkannya...
adik anda tidak kisah dipukul sedemikian rupa, dia cuma ingin menutup auratnya sahaja diatas hidayah Allah yang baru shj die peroleh...
adik anda juga diugut supaya jangan berpakaian labuh dan bertudung..dan dipaksa pakai pakaian yang tidak menutup aurat seperti zaman adik anda sebelum mendapat hidayah suatu masa dulu..
Bukankah pd zaman Rasulullah dulu, wanita seperti ini akan dibela oleh pemuda2 islam yang gagah perkasa dengan pedang terhunus ditangannya..???
Sekiranya aku ingin memegang pedang tersebut, membela kehormatan adik itu yang ingin bergelar muslimah seperti enti-enti semua...
Sekiranya aku ingin meletakkan diri aku dalam masalah hanya kerana membela kehormatan adik itu yang juga merupakan wanita islam..
sekiranya aku mgkin mendapat luka dan keperitan atas pembelaan tersebut..
Adakah ada diantara kalian yang ingin turut serta bersamaku???
Thursday, July 16, 2009
Kelebihan Bulan Rejab
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam
syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan
mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi
minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang
yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal
Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji
berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat
Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada
siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
P E R H A T I A N
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Friday, July 10, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Bayu yang rela..
Bayu yang rela…
Seakan bisikan angin pantai…
Mengatakan yang aku merindukan desiran ombak…
Nyamannya udara..
sesungguhnya ketenangan ada di situ..
Ingin aku selami..
Sebuah jiwa yang suci murni..
Lahir sejak azali..
Sambil mengutip butir-butir siput
Di pantai…
Dan dia tersenyum manis..
Bilamana si ombak menghempas pantai..
Angin bayu yang indah..
Ketenangan kurniaan Tuhan..
Kebahagiaan selepas kesedihan..
Dan saat itu aku berdoa..
Agar bahagia itu sentiasa ada..
Pada jiwa-jiwa yang terindah..
Wahai bayu yang rela..
kekalkan lah sejuk angin mu..
walau hangat terik mentari menerpamu..
kau takkan rebah..
Biar sampai kapan pun..
Aku tiada lagi di persisir pantaimu..
Sesungguhnya kau redha..
Dengan ketentuanNya..
Sepertimana kerelaan yang tersemat pada namamu..
Bayu yang rela...
Tuesday, June 30, 2009
Mari menjiwai solat kita.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Monday, June 29, 2009
Felda...Dulu tolong, Sekarang Along.
Katanya, Felda sudah tergelincir jauh daripada landasan asal penubuhanya sebagai agensi kerajaan bukanya entiti perniagaan. Justeru Felda sebagai agensi kerajaan ia menerima banyak peruntukan daripada wang rakyat. Sehingga tahun 1997, kerajaan telah menyalurkan RM7.8 billion kepada Felda ini tidak termasuk pinjaman daripada Bank Dunia berjumlah RM4 billion yang telah dilangsaikan pembayaranya pada tahun 1996.
Felda, dulunya adalah agensi kerajaan dibawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wiayah kini diletakkan sepenuhnya dibawah Timbalan perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak.
Perubahan ‘Tuan’ Felda turut mengubah strateginya sehingga ia menjadi tempat pihak tertentu mencari ‘makan’. Akhirnya peneroka menerima padahnya.
Perubahan polisi negara daripada pertanian kepada Industri turut mengubah strategi Felda terutama dibawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad apa ia mahu Felda mencari sumbar sendiri. Dasar korporat yang ambil Felda memberi pulangan hasil lumayan tetapi ia mengikis hak peneroka dan mungkin menjadi malapetaka kepada peneroka.
Felda berkembang pesar dan menjadi agensi kerajaan kedua terkaya selepa petronas, Ia menjadi umpama bank yang menawarkan pelbagai skim pinjaman dengan kadar Faedah yang tinggi kepada peneroka.
Matlamat asal Felda hendak menolong peneroka, kini berubah menjadi seperti laksana Along pula, kata Mazlan didalam buku terbarunya bertajuk Felda … Dulu Tolong sekarang Along !.
Buku setelah 98 muka surat itu mengandungi 18 bab dengan tajuk seperti berikut; sejarah penubuhan Felda, Felda Hari ini, Akta penempatan beramai-ramai 1960 dan implikasinya kepada peneroka, Jadual tetap pembayaran kembali rancangan kelapa sawit, Layanan Felda terhadap peneroka, potongan yang dikenakan oleh Felda, perbezaan harga sawit dan getah Felda dengan swasta.
Bab lain bertajuk, Mengapa peneroka enggan menyerahkan kerja tanaman semula kepada Felda, Tanaman semula secara persendirian, Pinjaman sara hidup, Pinjaman perumahan, Felda Plantatitons ; kini dan masa depan, Peranan badan-badan Felda perlu dikaji semula.
Bab seterusnya, Siapa terhutang budi, peneroka atau Felda?, Generasi baru (kedua) Felda yang diabaikan, masalah sosial di tanah rancangan Felda. Persatuan anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan bab terakhir Impian dan Harapan peneroka.
Menurut Mazlan, peneroka harus berhati-hati dengan Felda kerana terdapat beberapa perjanjian diantara peneroka dengan Felda didapati memberikan kelebihan kepada angesni berkenaan.
Beliau menyebut antaranya itu ialah perjanjian pinjaman perumahan peneroka – Felda, didalamnya terdapat satu fasa yang sangat berbahaya iaitu jika peneroka gagal mengemukakan penjamin pemohon hendaklah menandatangi perjanjian penyerahan kuasa kepada Felda untuk menguruskan kebunya.
Ini bermakna jika peneroka gagal membayar balik pinjaman kepada Felda, berkemungkinan kebun milik peneroka boleh bertukar tangan kepada angensi tersebut.
“ini sangat berbahaya dan saya minta semua pihak mengkaji semula fasa ini demi kepantingan masyarakat peneroka keseluruhanya,” kata beliau.
Buku Felda…. Dulu Tolong Sekarang Along ini telah dilancar baru-baru ini oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul hadi Awang di Johor dan Mazlan sendiri melancarkan bukunya itu di Bera dan Bandar Jengka, kini berada di pasaran.
Nursyahadah
This one is dedicated for those who are having transformation to positive in their life..
and this is the original version of this song..but i'm prefer this guitar version coz it's more neutral...
Sunday, June 28, 2009
Ceramah Perdana PR Johor.
TARIKH : 29 JUN 2009
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : MARKAZ PAS BAKRI (JERAM MESJID)
PENCERAMAH :
1) YB DATO' NIZAR JAMALUDDIN
(AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG)
(AJK PAS PUSAT)
2) DATO' MAHFUZ MUHAMMAD
(PESURUHJAYA PAS JOHOR)
3) DR BOO CHENG HAU
(KETUA PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT JOHOR)
(ADUN DAP SKUDAI)
(PENGERUSI DAP JOHOR)
4) PENGERUSI ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Tuesday, June 16, 2009
Dari suatu kisah ke suatu kisah.
Begitulah satu ayat yang agak puitis untuk direnungkan bersama. Sejak akhir-akhir ini penulis banyak mengelamun mengenangkan kehidupan masyarakat yang berbagai-bagai ragam. Ada yang baik, buruk, kejam, jahil, keji dan penuh dengki...Lalu penulis ingin mencari perkaitan kehidupan tersebut dangan kehidupan yang sedang penulis lalui..
Akan tetapi, bukan kehidupan seperti itu yang ingin penulis ketengahkan dalam luahan kali ini. Kehidupan yang ingin penulis ketengahkan adalah kehidupan yang penuh "kehidupan" dalamnya. Kehidupan yang penuh suka duka, tangis tawa, permata dan duri, jalan-jalan yang penuh liku, jatuh bangun, dan semangat perjuangan untuk terus survive di bumi Allah, Sang Pencipta yang Maha Berkuasa.
Daripada elemen-elemen yang terkandung dalam kehidupan itulah penulis ingin jadikan ia sebagai pengalaman yang penuh berharga dan tanda tanya. Penulis ingin bertanya kepada diri sendiri, apa yang telah dilakukan sepanjang hidup ini, adakah penulis telah menjalankan tanggungjawab sebagai hamba yang kerdil ini dengan penuh amanah. Adakah penulis telah mengambil iktibar atas apa yang berlaku disekeliling penulis untuk dijadikan pedoman hidup, sedangkan penulis mengerti bahawa Allah tidak akan mengadakan sesuatu perkara dengan sia-sia, maka ambillah pengajaran daripadanya.
"Setelah kesulitan sudah pasti akan ada kebahagiaan"..hanya kesabaran perlu mengatasinya..
Penulis seringkali ingin menterjemah bait ayat ini ke dalam kehidupan realiti. Kebahagiaan yang bagaimanakah akan muncul setelah sesuatu kesulitan yang berpanjangan. Penulis yakin kebahagiaan itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Sepertimana Allah menjadikan siang yang terang benderang setelah malam yang gelita, sihat setelah sakit, hujan yang dingin setelah panas terik yang berpanjangan, sebelumnya lapar dan kemudian datang hidangan yang enak atau cukup sekadar mengatasi kekosongan dan juga rasa mengantuk setelah sukar untuk tidur. Terlalu banyak kebahagiaan sebenarnya yang Allah kurniakan kepada manusia, cumanya kita sahaja yang tidak mengambil pengajaran daripadanya.
"Dan dari suatu kisah ke suatu kisah ini"...
Ingin sangat penulis mengambil pengajaran dan pengalaman berharga, dengan izin Allah, kadang kala penulis berharap agar dapat mencari sedikit ketenangan, keimanan, ketakwaan, peningkatan amalan, pengajaran, kebahagiaan dan juga sedikit perkongsian dalam mentafsir erti sebuah perjuangan dalam sekecil-kecil kehidupan.
- Biarlah kita sama-sama memahami "kehidupan" dalam kehidupan.
Sunday, June 7, 2009
Bermulanya Era Baru Pas.
Timb. Presiden Pas, Ust Nasharudin Mat Isa dalam ucapan, ahli Pas perlu berhati-hati supaya tidak mudah terperangkap dengan serangan-serangan harus pihak luar. Contohnya pihak media Umno/BN yang cuba melaga-lagakan golongan Ulama dan profesianal dengan istilah 'konservatif' yang bermaksud golongan Ulama' mengatasi profesiaonal. Serangan ini jelas kelihatan mereka ingin mengatakan bahawa Pas ini adalah sebuah parti yang jumud dan berfikiran tertutup. Namun tuduhan itu disangkal Ust Nashrudin dengan mengatakan bahawa Pas kini bergerak dengan lebih dinamik dengan adanya Kelab penyokong Pas dan banyak juga pendekatan lain untuk golongan bukan Islam.
Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas dalam ucapan penggulungannya mengatakan bahawa umat islam terutamanya ahli gerakan Islam perlu menguasai ilmu feqah siyasah dengan lebih mendalam. Jangan hanya mengusai feqah untuk bab-bab ibadah, munaqahat dan muamalat sahaja. Ilmu siyasah yang diamalkan Rasulullah s.a.w dalam berpolitik perlulah dipelajari dan diamalkan kerana zaman ini memerlukan kita untuk mempunyai ilmu yang tinggi dalam keadaan yang mana tinggal lagi selangkah untuk memerintah negara.
Di dalam ucapan penutupnya pula, Tn Guru Hj Hadi menegaskan bahawa kita hendaklah bersabar dalam mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Kita harus yakin bahawa hanya Islam lah yang mampu membina tamadun manusia yang diredhai Allah. Allah mengharamkan umat islam menyerah kalah, oleh itu Islam membenarkan peperangan hanya kerana untuk menegakkan kebenaran dan islam, namun jika ada jalan perdamaian, maka ia diutamakan kerana kita berbalik kepada matlamat yang asal iaitu ingin menyelamatkan manusia daripada lembah kehinaan. Dalam ke arah itu, pelbagai method boleh digunakan dan apa sahaja perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam cara baik.
Tn Guru juga didalam ucapannya menegaskan kepada semua ahli gerakan islam supaya sentiasa menyuburkan takwa kepada Allah, wala' pada pimpinan dan juga ukhuwwah persaudaraan Islam perlu diperkasakan dalam mengharungi pahit getir perjuangan di medan dakwah secara kolektif ataupun berjemaah.
Akhir sekali, yang kalah terus berjuang, yang menang juga terus berjuang. Hakikatnya tiada istilah menang kalah dalam perjuangan, hanya syahid atau hidup mulia sahaja yang kita tunggu. Semoga perjuangan Islam terus subur di bumi Malaysia khususnya dan seluruh dunia umumnya. Allahuakbar!!!
Thursday, June 4, 2009
Banteras Ah Long Di Muar!
Pesanan dari YB, agar tiada rakyat terjerumus ke perangkap ah long yang menjalankan perniagaan yang tidak sah ini.
Sumber : Laman Rasmi Adun Sg Abong, Muar
Wednesday, June 3, 2009
Usrah kedai kopi.
"Bang, bagi teh tarik satu..roti bakar satu".. - akh a
"weh, da lama sampai ke?" -akh b
"Baru je...setel dah ke keje ko?" -akh a
Begitulah introduksi sebuah pertemuan usrah kedai kopi...Usrah, satu perkataan yang agak sinonim dengan aktivis dakwah, kadang-kala menjadi satu perkataan yang sensitif bagi mereka yang tidak faham tentangnya..paling teruk lagi bila mereka yang 'menstatikkan' pergerakan usrah itu..
Ramai dikalangan kita yang berkemungkinan besar tidak memahami konsep, asas, keperluan dan juga matlamat usrah itu sendiri. Atas sebab itulah usrah menjadi satu perkara yang kian asing bagi aktivis dakwah kampus sehinggakan ianya menjadikan usrah itu sebagai perkara yang sangat menakutkan dan menyeramkan bagi mad'u ataupun orang biasa..
Sebagai umat Islam, kita semua mempunyai tanggungjawab dalam amal makruf dan nahi mungkar. Kita semua adalah golongan yang layak untuk berbuat demikian berpandukan ilmu pengetahuan yang berteraskan Al-Quran dan Hadith. Mengapa ada diantara kita yang mengatakan diri ini tidak layak, tidak mampu dan masih kurang ilmu untuk bertindak sedemikian?
Jadi menjawab persoalan ini, kita berbalik kepada kefahaman, keperluan, matlamat, dan juga sirah usrah tu sendiri. Sebagai ahli gerakan islam ataupun aktivis dakwah, usrah merupakan tunjang tarbiyyah@pendidikan bagi setiap individu bagi memastikan cita-cita memperjuangkan Islam terus subur dan mekar di hati sanubari.
Secara ringkasnya, Usrah boleh dikatakan sebagai satu unit kekeluargaan sesama manusia atas dasar pegangan Aqidah yang sama dalam membawa kesedaran bersama demi memperjuangkan Daulah Islamiyyah di muka bumi. Usrah telah dipraktikkan oleh Rasulullah S.A.W ketika berdakwah secara rahsia di rumah Arqam Abi Arqam, Makkah. Namun aktiviti usrah yang ada pada waktu ni, pembawakannya adalah lebih berpandukan pada cetusan idea As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, tokoh Ikhwanul Muslimin, Mesir.
Akan tetapi, janganlah kita menyempitkan fikiran bahawasanya, usrah itu perlu begini..begitu dan sebagainya. Pelbagai method boleh diguna bergantung pada keadaan semasa dan ahli usrah. Apa yang penting, matlamat usrah perlu ada dan hendaklah dicapai walaupun tidak 100%. Dengan itu, barulah usrah dapat terlaksana walaupun di kedai kopi, padang bola, pusat membeli-belah, gelanggang silat, ruang tamu rumah makcik yang sempit dan sebagainya. Sentuhlah hati mad'u kita melalui usrah, bukan menyumbat fikiran mereka seakan-akan 'memberi bayi makan sebiji epal manis sedangkan kita tahu bayi itu belum bertumbuh gigi, alangkah baiknya sekiranya diberi bayi itu makan bijirin yang mudah ditelan dan dihadam walaupun rasanya tidaklah semanis epal, yang penting si anak itu tahu yang ibunya menyayanginya'.
Friday, March 27, 2009
Kemenangan Khairy Disambut Meriah!!!
Aku berkesempatan tonton 'muktamar agung umNO'..heh, macam anugerah skrin tv3 suku je aku tengok..
Bila mana kemenangan Ketua puteri umno diumumkan, penyokong dia bersorang macam program akedemi fantasia plak..mengarut..sempat menyanyi lagi.."aduh mengarut betul"..aku dan kawan-kawan mengeluh panjang.
MC dia plak macam mengumumkan cabutan bertuah, kemudian dah diumumkan pemenang, penyokong pon bersorak yeeeaahh...macam ni ke 'perhimpunan agung' sebuah parti gergasi Malaysia..??
Kemudian TV3 suku pon buat la liputan terkini..then, MHI pun buat lagi siaran khas untuk umNO ni..dengan alas meja bersulamkan lambang keris bersilang-seli..tudung merah menyala..songkok senget tinggi berkain pelekat aku tengok pengacara programnya..
Eeeh..sedara ooii...apa kaitan tv3 ngan umNO ni??
Tuesday, March 24, 2009
Tutup kebenaran - Akhbar dan ceramah disekat!!!
Seperti mana yang acap kali berlaku, modus operandi umNO/ BN dalam menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kini digunakan sekali lagi dengan menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan berkuat kuasa serta merta.
Apa sebenarnya yang berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula daripada semalam Harakah dan Suara Keadilan digantung permitnya?
Pertamanya, hari ini akan bermula Persidangan Agong UMNO.
Keduanya, Pilihanraya Kecil di Bukti Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.
Ketiganya, Muktamar PAS di Peringkat Pusat yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor pada bulan Jun nanti.
Dalam tempoh tiga bulan tersebut juga akan banyak berlakunya perbincangan krisis perlembagaan negeri Perak, isu politik wang dalam UMNO, isu Karpal Singh terhadap Sultan Perak dan banyak lagi isu yang sudah pastinya perlu diperjelaskan kepada rakyat. Rakyat pula pada hari ini sudah mula peka dan terbuka untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan.
Kerana takut dengan perkembangan positif rakyat terhadap PAS/PR maka sesuatu perlu dilakukan agar rakyat akan kembali dibodohkan seperti mana yang pernah kerajaan UMNO/BN lakukan pada satu masa dahulu.
Tembakan Gas Pemedih Mata di Padang Awam, Taman Ria Jaya Kedah ketika DSAI sedang mula berucap oleh FRU malam tadi juga memberikan gambaran awal terhadap apa yang saya katakan Sahabat baik saya yang sekarang ini sudah bermastautin di Sungai Petani, Nurin Aina, mula-mula menghantar SMS kepada saya ketika saya sedang berceramah malam tadi ;
(sumber : Suara Anak Muda Malaysia)